Header Ads

Kenapa Tak Boleh Percaya Iklan "Diambil Dengan iPhone" 100%.




Apple baru sahaja mengeluarkan iklan komersial terbaru, video yang mengagumkan, "Diambil dengan iPhone.".
Youtube blogger Marques Brownlee merasakan ia kelihatan terlalu bagus, apabila diperhatikan dihujung video iklan itu, terdapat satu penyataan selepas caption "shot on iPhone", maka siasatan pun bermula.



Brownlee telah menerangkan mengenai penggunaan peralatan dan software dalam pengambilan video dan gambar dari smartphone dan iphone; dalam saluran Youtube miliknya bertajuk "Dope Tech: Shot on Smartphone".
Terdapat caption kecil dalam video "shot on iPhone" yang bertulis “additional equipment and software used” - yang menunjukkan bukan sahaja iPhone yang digunakan untuk mengambil video-video yang cantik itu.


Kita berangan mengambil gambar video yang cantik hanya menggunakan smarthphone dan tangan yang tidak bergerak, kononnya. Tapi Brownlee menerangkan teknologi yang digunakan disebalik pengambilan video yang cantik, dan teknologi ini sangat mudah untuk didapati.

Dengan menggunakan lensa external yang boleh dipasang pada iphone dan menstabilkan telefon semasa ia bergerak.


Sebenarnya sangat banyak alatan dan gajet baru yang boleh didapati untuk membantu anda mengambil gambar dan video menggunakan telefon.
Siapa tahu, anda mungkin akan menjadi iklan "shot on iPhone (dengan sedikit bantuan)" yang seterusnya.
Jom tengok video "Dope Tech"!
sumber: boredpanda; Marques Brownlee .


Dikuasakan oleh Blogger.