Header Ads

Kenapa Si Dia Macam Tak Suka Kat Kita, Ini 8 Sifat Wanita Yang Tidak Disukai Lelaki


Rata-rata lelaki mendambakan wanita yang bukan saja cantik paras rupa tetapi elok perangai dan sikapnya sebagai teman disisi. Namun,kadangkala banyak sikap wanita yang sering membuat lelaki rasa jengkel dan meluat seperti 8 sikap-sikap yang dinyatakan dibawah..

Sifat Dan Sikap Wanita Yang Tidak Disukai Lelaki

1. Materialistik

Bukanlah lelaki tak sanggup mengeluarkan wang untuk wanita yang disayangi.Tetapi wanita yang terlalu bergantung harap dan mahu lelaki yang menyediakan segalanya dianggap sebagai wanita yang tak pandai berdikari dan menjaga diri.

2. Queen Control

Biasalah,lelaki mana yang suka bila wanita yang mahu mengawal semuanya.Tak salah jika mengawal asalkan ada kompromi dan kewajarannya.

3. Terlalu Pasif

Kadangkala lelaki juga suka kalau wanita yang bertindak memulakan sesuatu. Wanita yang terlalu pasif dan hanya menunggu sesuatu dari lelaki seolah-olah wanita tersebut seorang yang keanak-anakan dan tidak yakin meluahkan keinginannya. Japi jangan pula ‘hyperactive’

4. Suka Mengeluh Dan Membebel

Lelaki mana pun sukar menahan bila sepanjang pertemuan wanita asyik membebel dan mengeluh, dari hal pekerjaan, teman-teman dan hal-hal dirumah, ada saja yang tak kena padanya. Ia kadang-kadang membuat lelaki mudah sekali naik bosan dan rimas.

5. Tidak Selesa Dengan Tubuh Sendiri

Kebanyakan wanita sering tidak puas hati dengan bentuk tubuh sendiri. Secantik mana pun tubuhnya, pertanyaan seperti, ”saya tambah gemuk tak?” atau ”kulit saya nampak gelap kan?” selalu membuat lelaki bosan dan merasa jengkel. jangan ingat lelaki diam dia suka ya. Dalam hati siapa yang tahu kan?

6. Berhias Dan Berdandan Berlebihan

Rata-rata lelaki lebih menyukai wanita yang memiliki kecantikan natural berbanding dengan wanita yang suka berhias dan berdandan berlebihan.Lelaki boleh naik jengkel jika wanita selalu lambat ke sesuatu acara atau temu janji hanya kerana mengambil masa terlalu lama mendandan diri.

7. Bercerita Tentang Lelaki Lain

Memang bertentangan sekali dengan sisi ego lelaki apabila mendengar wanita bercerita mengenai lelaki lain di depannya. Apalagi jika apa yang diceritakan itu berupa puji-pujian dan kekaguman.

8. Terlalu Gedik

Memang tidak dinafikan mebanyakan perempuan ada sifat gedik dari pelbagai aspek. Tapi sifat terlalu gedik ini sangat menjengkelkan kaum lelaki terutamanya di khalayak ramai. Kalau setakat nak gedik sikit-sikit tu ok lah lagi, tapi kalau dah melampau sangat memang meluat.
Dikuasakan oleh Blogger.