Header Ads

Kenali Hosico, Puss In Boots Di Dunia Nyata!




Ingat lagi seekor kucing comel dalam filem Shrek? Puss in boots. Tahu tak kucing comel yang berwarna oren itu boleh dijumpai di dunia nyata? Hosico, kucing jenis Scottish Shorthair sangatlah seiras dengan Puss in Boots, malah ada yang mengatakannya mirip Garfield.


Hosico yang tinggal dengan satu keluarga di Moscow, sudah berumur dua tahun. Ia dikatakan suka tidur, makan, main dan sangat jinak. Anda boleh melihat gambar-gambarnya yang cute di instagram, facebook, malah ia mempunyai id twitter juga!


Hosico suka bermain dengan mainan yang baru. Mainannya bukanlah mainan yang diberi di kedai mainan, malah ia selaluna suka bermain dengan tali kasut, ranting kayu, kertas, juga bola. Hosico sangat takut dengan orang yang baru dijumpai, dia juga takut dengan tempat baru. Ia akan kelihatan sangat berjaga-jaga apabila berada di tempat baru.


Hosico berketurunan Scottisch Straight (Scottish Shorthair SFS 71), yang mana ia tidaklah terkenal seluruh dunia. Nama betul bagi bulu Hosico adalah Black Golden Ticked (Ny 25), warna hitam yang keemasan.


Hosico mempunyai selera makan yang berbeza, ia makan makanan bayi dan bukannya makanan kucing yang boleh dibeli di kedai haiwan peliharaan. Makanannya adalah ayam bersama beras atau gandum buck (buckwheat), daging dengan labu atau zucchini.  Namun ia juga makan makanan kering untuk kucing.  Setiap hari ia akan dapat makan isi daging lembu mentah atau ayam belanda.


Berat badan Hosico yang comel ini selalunya 5.0 kilogram, tapi akan menurun kepada 4.5 kg apabila tiba musim sejuk. Dan di hujung musim panas pula beratnya boleh mencapai 5.5kg.

sumber: hosico.com
Dikuasakan oleh Blogger.