Header Ads

KEAJAIBAN ASAM JAWA UNTUK KECANTIKAN


Kita sedia maklum bahawa asam jawa selalu dijadikan bahan atau rencah dalam sesuatu masakan dan juga jus.
Tetapi tahukah anda asam jawa juga mempunya khasiat dari segi kesihatan dan juga kecantikan? Herba yang mempunyai isi buah yang masam ini juga mendapat permintaan yang tinggi.
BERIKUT ADALAH 3 MANFAAT ASAM JAWA UNTUK KECANTIKAN.

1. MENGHILANGKAN JERAWAT

Bagi wanita, jika kulit wajah ditumbuhi sebiji jerawat sudah cukup merunsingkan. Adakalanya kehadiran jerawat meninggalkan bekas hitam yang hodoh pada kulit wajah.
Cara untuk menangani masalah ini dengan mudah adalah dengan cara mengambil 3 biji atau 3 sudu besar asam jawa yang dibancuh dengan air panas. Biarkan sejuk. Kemudian tapis air asam jawa tersebut dan jadikan sebagai pencuci wajah pada setiap pagi.

2. MENCERAHKAN KULIT

Asam jawa mengandungi vitamin C yang berupaya untuk mencerahkan wajah. Oleh yang demikian,Cara mudah untuk memiliki kulit yang cerah tanpa berbelanja yang banyak adalah dengan melakukan scrub menggunakan asam jawa.
Caranya, bancuh asam jawa dengan air panas. Kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit. Sapukan dikeseluruhan wajah dan tubuh. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas.

3. MENGHILANGKAN SELULIT

Selulit sememangnya mencacatkan penampilan seseorang.
Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mencampurkan asam jawa bersama dengan lemon, baking soda dan gula. Gaulkan rata kemudian sapukan pada bahagian kulit tubuh yang bermasalah. Urut mengikut arah jam kemudian biarkan selama 10 minit dan bilaskan dengan air suam.
Dikuasakan oleh Blogger.