Header Ads

Kasih seorang abang yang bekerja keras bagi menampung kos perubatan adik di Hospital


Ma, yang berusia 19 tahun dan masih bersekolah di sebuah perkampungan yang miskin di Hubei, China.

Disebabkan keadaan kewangan keluarga yang miskin, mereka sukar untuk mendapatkan rawatan perubatan untuk adiknya yang berusia 3 tahun yang mengidap penyakit leukemia.

Oleh kerana rasa sayang yang mendalam kepada adiknya, Ma, bercita-cita mahu menjadi seorang doktor dengan harapan dapat ubati sakit adiknya itu.

"Saya mesti masuk sekolah perubatan, jadi disitu saya ada peluang untuk sembuhkan penyakit adik saya" katanya di Berita Asia.


Ma, bekerja keras untuk menyimpan wang yang cukup untuk bayaran perubatan adiknya itu. Beliau dilihat bekerja di tapak pembinaan sebagai pekerja buruh pada hari selesai peperiksaan terakhirnya.
Beliau dilihat membawa batu bata, pasir dan melakukan semua kerja dengan bayaran sebanyak 100 Yuan (RM 60) sehari di tapak pembinaan.

Kisahnya yang memberi inspirasi menjadi tular di media sosial dan media tempatan sehingga mencecah 3.1 juta viewer dalam tempoh 24 jam. Oleh disebabkan itu ramai yang memberi sumbangan kepada keluarga Ma bagi menampung kos perubatan adiknya di Hospital. Hasil sumbangan orang ramai sebanyak 600,000 Yuan (RM 356,000).


Beliau tidak dapat mempercayai apa yang telah berlaku, dan beliau menangis gembira ketika mendengar berita gembira ini. Beliau turut berterima kasih pada orang ramai kerana sanggup membantu menampung kos perubatan adiknya itu.
Dikuasakan oleh Blogger.