Header Ads

Ini sebenarnya empat bahaya minum menggunakan penyedut minuman yang patut anda tahu


Sejak dari kecil, kita sudah terbiasa minum menggunakan penyedut minuman atau straw. Apatah lagi apabila minuman tersebut ditambah ais dan diminum menggunakan straw, nikmat betul!

Walaupun penyedut minuman itu memudahkan, tetapi tahukah anda ada bahaya terhadap badan kita dan persekitaran di sebaliknya?

Mengapa ramai yang memilih menggunakan penyedut minuman? Semestinya kerana ianya mudah, atau ada sesetengah cawan yang memerlukannya. Siapa yang tak suka benda mudah, kan? Kadangkala, ianya menjadi tabiat.

Sesetengah orang mengatakan cara ini dapat mengurangkan pendedahan gigi kepada gula dan minuman berkarbonat apabila diminum, mengelakkan penghakisan asid.

#1 Menyebabkan terjadinya mulut 'perokok'


Semua orang akan mempunyai kedutan, cepat atau lambat. Tetapi, kita boleh melambatkan proses tersebut.

Orang yang merokok diketahui akan mempunyai garisan di sekitar mulut mereka akibat daripada pergerakan yang berulang, yang mana disebut sebagai bibir perokok.

Namun, merokok bukanlah satu-satunya aktiviti yang menyebabkan kedutan sebegini.

Pergerakan di kawasan mulut itu akan mengurangkan keanjalan dan mengganggu kolagen dengan lebih cepat, menyebabkan kedutan dan garisan yang tidak sepatutnya.

#2 Menyebabkan gigi menjadi kotor

Ramai yang beranggapan menggunakan penyedut minuman dapat mengelakkan gigi daripada kotor. Sebenarnya, ianya hanya terjadi jika anda menyedut air terus ke dalam tekak, tanpa terkena gigi.

Memandangkan penyedut minuman membuatkan anda minum lebih banyak air, ia mungkin boleh menambahkan kekotoran pada gigi.


#3 Menyebabkan perut kembung dan angin berlebihan

Pasti anda berasa tidak selesa jika berlaku begitu. Elakkan minum menggunakan penyedut minuman untuk mengelakkan menyedut angin berlebihan.

Gas yang menyebabkan kentut turut membuatkan perut anda kembung. Jika anda sering menghadapi kesukaran ketika membutang seluar, elakkan penyedut minuman.

#4 Menyebabkan kaviti

Minum menggunakan penyedut minuman sepatutnya untuk mencegah kaviti, tetapi sebaliknya yang berlaku.

Ianya berkaitan dengan tempat penyedut minuman tersebut berada di dalam mulut anda dan cara anda menyedutnya. Kebanyakan orang tidak menyedut terus ke dalam tekak.


Kebanyakan orang menyedut di bahagian tengah mulut mereka.

Menurut satu kajian, menyedut menggunakan penyedut minuman lebih mendedahkan gula di satu kawasan dalam mulut, menyebabkan lebih banyak kaviti dan merosakkan gigi.

Dikuasakan oleh Blogger.