Header Ads

Ini sebab mengapa kadangkala kita berasa sunyi dan kosong serta 5 cara untuk mengatasinya


Pernah tak ada satu masa kita rasa sunyi? Anda seronok dengan kehidupan anda sekarang, anda tahu apa yang anda inginkan, tetapi kadangkala anda rasa kesunyian. Apabila anda kata, "rasa kosong", apa maksud sebenarnya?

Kesunyian dalaman disebabkan kurangnya kasih sayang.

Rasa kosong dalaman adalah satu keadaan pada minda yang disebabkan oleh kurangnya rasa cinta dan kasih sayang.

Apabila anda tidak mencintai diri sendiri, abaikan perasaan anda, dan selalu cuba untuk mendapatkan perhatian dan persetujuan daripada orang lain, anda boleh mengalami rasa kosong tersebut.

Semua orang adalah kreatif dan berpotensi tinggi tetapi tidak semua orang menggunakan potensi tersebut dan membazirkan masa dan tenaga mereka. Kemudian, kita cuba untuk mengisinya dengan makanan, hubungan, kerja, dan perkara-perkara yang mengalihkan perhatian kita.

Memahami kekosongan mengajar kita untuk lebih mempelajari tentang perasaan dalaman kita.

Untuk mencari solusi kepada masalah itu, kita patut belajar cara untuk memberitahu sama ada kita berasa kosong. Mari kita lihat tanda-tanda yang sering berlaku dan elakkannya.

1. Anda tidak faham siapa diri anda dan apa tujuan anda dalam hidup ini.

2. Anda penuh dengan pemikiran negatif.

3. Anda sentiasa meminta persetujuan daripada keluarga dan rakan-rakan.

4. Anda tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan anda.


Kadangkala kesunyian itu dirasakan seperti vakum atau lubang hitam.

Perkara paling penting untuk kita tahu adalah kekosongan atau kesunyian itu adalah tanda kurangnya sesuatu.

Majoriti orang yang melalui keadaan ini dengan rasa kekosongan yang mendalam ialah mempunyai ibu bapa yang tidak mempunyai hubungan yang mesra dengan mereka. Apabila anda tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi dan perhatian ketika kecil, anda mula percaya yang anda tidak cukup bagus. Ini bermakna punca sebenar kekosongan itu ialah kurangnya pertalian komunikasi dan menunjukkan rasa sayang itu.

Rasa kesunyian itu boleh membawa kepada kemurungan.

Walaupun perasaan ini bukanlah biasa pada ramai orang, tetapi jika dibiarkan tanpa dirawat, ia boleh membawa kepada masalah kronik seperti kemurungan.

Selain itu, kita cenderung untuk keluar daripada perasaan ini dengan dadah dan alkohol, yang meningkatkan peluang untuk ketagihan. Ada juga yang memilih untuk merokok serta menjejakkan kaki ke kelab malam.

Sebab itu, mencari tahu apa yang untuk anda akan membantu anda mengetahui punca anda berasa sunyi.


Kunci untuk melawan kesunyian ialah mencari apa yang anda hilang.

Ini ada beberapa cadangan daripada pakar-pakar untuk mengenalpasti dan menguruskan rasa sunyi.

1. Memberikan semula perhatian pada diri sendiri.

Kita sepatutnya fokus pada diri kita dan meluangkan lebih banyak masa memikirkan keinginan dan minat kita. Untuk menjadikan minda dan tubuh kita positif, kita boleh luangkan beberapa minit untuk bersukan.

Cara paling mudah untuk menenangkan diri secara emosi dan fizikal ialah mandi air suam. Mandi mempunyai banyak kebaikan termasuklah melegakan kesakitan, meningkatkan pergerakan, dan meningkatkan kesejahteraan badan kita.

2. Cari keperluan anda dengan bantuan orang lain.

Semua orang ada keperluan masing-masing, tetapi apa yang membuatkan keperluan itu menyakitkan adalah apabila kita fikir kita tidak boleh mendapatkan apa yang kita inginkan.

Dengan meminta bantuan dapat menyelesaikan pelbagai isu dan boleh menjadi langkah pertama untuk mencapai keperluan anda.

3. Hargai apa yang anda ada.

Salah satu cara untuk merawat rasa kesunyian ialah melalui penghargaan. Perasaan bersyukur adalah satu emosi positif yang penting. Ia dapat mengembangkan cara pandangan anda, yang membantu dalam membina hubungan sosial dan kemahiran yang lebih baik.

Ini bermakna individu yang bersyukur adalah lebih berpuas hati dengan hubungan mereka bersama-sama rakan dan keluarga justeru membuatkan mereka kurang tertekan dan lebih bahagia.

Cuba untuk menghargai apa yang ada di sekeliling kita dengan menyedari semua perkara baik yang kita ambil mudah. Satu pujian mudah yang diberikan akan membuatkan hari anda sentiasa positif.


4. Jangan berhenti mencari sesuatu yang baru.

Mempelajari sesuatu yang baru mempunyai kesan motivasi yang besar untuk diri anda. Oleh itu, setiap kali anda melihat info yang telah anda pelajari sebelum ini, tambahkan beberapa fakta baru.

Satu tip yang bagus ialah ubah suasana anda. Walaupun perkara kecil seperti mengubah pencahayaan di dalam bilik boleh memberikan kesan positif pada keadaan emosi anda.

5. Minta bantuan pakar jika diperlukan.

Ramai yang tidak dapat mengenalpasti punca di sebalik apa yang mereka rasakan, walaupun mereka telah cuba untuk mencarinya.

Jangan berputus asa dan cari pakar terapi yang boleh membantu anda untuk mencari punca dan menyelesaikannya.

Mencari punca kesunyian ini boleh menjadi sesuatu yang mencabar serta proses yang panjang. Tetapi, daripada anda berterusan mengalihkan perhatian dengan membeli-belah, makanan, dan sebagainya, lebih baik anda mencari puncanya dan kembalikan semula kebahagiaan anda!

Dikuasakan oleh Blogger.