Header Ads

Ingin Selalu Nampak Muda Dari Usia?, Amalkan 8 Tips Mudah Ini


Ramai wanita inginkan kulit yang cantik dan sihat, namun mereka tidak tahu adakalanya aktiviti yang dilakukan setiap hari boleh menyumbang kepada masaalah kulit.

selain mengambil makanan seimbang kulit harus dijaga dengan melakukan rutin harian penjagaan seperti membersih, menyegar dan melembap. Tidak kira sama ada anda menggunakan produk perawatan wajah berjenama atau sebaliknya, keyiga-tiga langkah ini harus dilakukan pada setiap pagi dan malam. 
Selain penjagaan luaran, seperti kata pepatah hati yang besih akan memancarkan aura kecerian, begitu juga dengan kulit . Apabila anda tiada masalah, sentiasa tersenyum dan kurang tekanan ia akan mmenyebabkan kulit mengendur, tidak berkedut dan nampak muda daripada usia.

Ini 8 tips mudah untuk anda amalkan.

1. Minum banyak air
Tetapi bukan air gas atau air kopi dan teh, tetapi air suam atau mineral. Minum air kosong dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan juga kerohanian. Berjalan di sekitar rumah adalah satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan peredaran darah.

3. Jangan merokok
Merokok merosakkan kulit dan paling jelas ia akan menjejaskan kesihatan anda. Ada segelintir wanita beranggapan merokok boleh menguruskan badan, tetapi sebenarnya tidak, kerana merokok boleh membawa penyakit dan bukannya kurus.

4. Tidur yang cukup
Waktu malam adalah masa terbaik untuk tidur. Tidak cukup tidur akan membuatkan anda lebih tua dari usia.

5. Elak bermekap
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat daripada memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa mekap melekat pada muka ketika tidur.

6. Pemakanan
Makanan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan kerana ingin kurus anda rela berlapar setiap hari. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makan makanan mengikut piramid makanan iaitu makanan yang seimbang,Pastikan semjua menu sihat disediakan.

7. Rawatan wajah
Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat rawatan kulit, mencuci rambut di salun, melakukan sauna dan spa atau menikmati mandian buih di rumah. Anda boleh melakukan sendiri. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan mandi. Bunga dikatakan mempunyai tenaga tersendiri untuk mencantikkan tubuh anda.

8. Elak tekanan
Tekanan mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di bilik tidur bagi meredakan ketegangan.
Dikuasakan oleh Blogger.