Header Ads

Ingin mengenali personaliti pasangan anda, lihat bagaimana posisi mereka duduk


Bahasa badan seseorang mampu menceritakan pelbagai perkara yang tidak diketahui dan didedahkan. Manusia kadangkala terlupa bahawa bahasa badan mencerminkan perasaan yang terpendam di dalam hati.

Misalnya, jika seseorang merasa tidak yakin, dia cenderung untuk menyembunyikan dirinya bukan sahaja dari aspek mental tetapi juga fizikal. Individu ini akan memeluk tubuh seerat mungkin dan tidak kelihatan seperti seseorang yang sedang bertenang.

Terdapat pelbagai kategori bahasa badan yang membolehkan kita membaca peribadi seseorang. Sama ada melalui pernafasan, ekspresi muka, pergerakan badan mahupun kedudukan tubuh, kesemuanya boleh mendedahkan personaliti seseorang.

Menerusi artikel ini, kami akan mendedahkan maksud yang tersirat di sebalik posisi duduk anda. Merapatkan kaki, menyilangkan kaki dan sebagainya boleh membawa maksud tertentu.

Mari kita lihat jawapan dibawah:-

#1- Lutut rapat, kaki dijarakkan

Anda merupakan seorang yang kreatif dan berperwatakan menarik serta agak keanak-anakan. Anda mempunyai keupayaan untuk melakukan pelbagai kerja dalam satu masa tetapi sukar untuk memberikan tumpuan penuh pada satu tugasan dalam masa yang lama.

Individu di sekeliling anda berasa selesa dengan kehadiran anda walaupun anda sering bertindak tanpa berfikir. Mengenai masalah pula, anda sering mengambil mudah akannya dan percaya masalah tersebut boleh diselesaikan dengan sendiri.

Jika gagal, anda lebih cenderung untuk menyerahkan permasalahan tersebut kepada orang lain untuk diselesaikan bagi mengelakkan bebanan dan pembuangan masa.

#2-  Silang kaki


Anda seorang yang gemar berangan-angan. Anda mempunyai pelbagai idea bernas dan sentiasa mendapat penghargaan serta pujian daripada individu sekeliling.

Anda seorang yang tidak sukakan sesuatu yang rutin dan lebih cenderung untuk mengembara serta belajar pelbagai perkara baru.

Selain itu, anda juga seorang yang tidak cerewet dalam pembuatan keputusan. Tidak kiralah sama ada menukar gaya rambut baru, pekerjaan lain, menukar pasangan malah berpindah ke kawasan baru, anda tidak akan mempunyai masalah dalam menghadapinya.

Anda juga tidak pernah membazir masa dalam melakukan sesuatu yang tidak membawa anda ke arah kebahagiaan.

#3-  Kaki rapat, lutut dijarakkan

Anda sentiasa berhati-hati sebelum membuat pilihan kerana menginginkan segala-galanya berjalan dengan lancar. Anda seorang yang memilih walaupun tentang perkara yang remeh.

Pada masa yang sama, anda juga tidak begitu teratur tetapi ianya mempunyai alasan logik tertentu mengapa perkara tersebut perlu berlaku.

Di samping itu juga, anda mengalami kesukaran dalam memberikan tumpuan terhadap sesuatu perkara. Di dalam sesebuah perbincangan, tumpuan anda mudah melayang dan anda sering mengubah topik perbincangan. Hal ini menyebabkan segelintir individu menganggap anda seorang yang sombong memandangkan anda tidak begitu mengambil berat tentang apa yang individu lain sedang bicarakan.

#4- Merapatkan kedua-dua kaki

Anda seorang yang tidak gemar bersuara dan meluahkan emosi di hadapan khalayak. Anda berasa tidak selesa jika ada individu yang lantang bersuara atau mempamerkan kemesraan antara lelaki dan wanita di kawasan umum.

Individu yang duduk dengan tapak kaki sepenuhnya diletakkan di lantai biasanya tidak mempunyai sebarang masalah dalam meluahkan perasaan. Anda seorang yang agak terbuka dan terperinci.

Tetapi bagi mereka yang tidak meletakkan bebanan penuh pada tapak kaki mereka ketika duduk (duduk menjengket), anda mengalami kesukaran dalam berkomunikasi. Anda mungkin kelihatan seperti gemar memendam rasa tetapi realitinya, anda mengambil semua perkara ke dalam hati dan akan sentiasa meluahkannya semula kepada orang lain.

#5- Duduk dalam keadaan kaki rapat dan menyendeng ke arah lain

Anda bukan seorang yang kalut atau terburu-buru. Anda sentiasa memikirkan sesuatu dengan sebaik mungkin supaya ianya berlaku dalam keadaan yang baik.

Selain itu, anda juga seorang yang degil, berpendirian tetap dan tidak mudah menyerah kalah.

Dalam aspek penampilan diri, anda sentiasa menjaga dan mementingkannya dengan memberikan pelbagai usaha bagi memastikan penampilan terbaik di hadapan orang lain. Namun, perkara ini tidak mampu meningkatkan tahap keyakinan diri anda.

Anda seorang yang mudah terpengaruh dan sukar menerima kritikan.


Dikuasakan oleh Blogger.