Header Ads

Hoki Malaysia Berada Di Tangga 14 Terbaik Dunia, Antara Pasukan Digeruni Dunia


Ranking Hoki Dunia Lelaki sebelum update World League Semi Final (April 2017):
1. Argentina
2. Australia
3. German
4. Belanda
5. Belgium
6. India
12. Korea
13. Pakistan
14. Malaysia
(akan di update selepas selesai World League Johannesburg)
Performance mengejutkan Malaysia di London mungkin akan melonjakkan negara ke kelompok 10 terbaik dunia kerana India, Korea, Pakistan, Canada dan England kurang menyerlah. Tetapi bergantung juga dengan performance pasukan2 yang akan bermain di siri yang sama di Johannesburg Ahad ini nanti. Andai New Zealand, Spain, Ireland dan Belgium juga gagal masuk dlm kelompok 4 terbaik di Johannesburg, maka makin cerah harapan Malaysia ke top 10.


Atas kejayaan pasukan Malaysia menjadi 4 pasukan terbaik di London, ini menarik pasukan-pasukan terbaik dunia untuk adakan perlawanan friendly dgn kita. Terbaru, pasukan ke 3 dan ke 4 terbaik dunia, German dan Belanda mahu adakan friendly di KL untuk uji pasukan mereka. Mereka sanggup datang. Ini disahkan oleh MHF. Ini satu penghormatan buat hoki negara dan itulah hikmahnya bila sesuatu pasukan itu berada di kalangan ranking terbaik dunia. Menurut MHF, sebelum ini, pasukan-pasukan ini tidak berminat utk adakan friendly dengan Malaysia kerana ranking kita walau dlm kelompok 20 terbaik. Mereka juga tak minat nak sertai Sultan Azlan Shah Cup. Tapi selepas ini, SASC mungkin akan lebih meriah dengan kehadiran jagoan dunia untuk uji persiapan pasukan masing-masing sebelum ke World Cup 2018 di India.

Mengenai ganjaran kepada pemain, saya lebih selesa andai mereka diberikan ruang sepenuhnya untuk bersiap dgn latihan yang terbaik tanpa menjejaskan pendapatan mereka. Kesemua mereka bukan pemain pro dan bergantung kepada gaji dari majikan masing-masing. Ada pembaca meter TNB, guru, kerani, pegawai muda, polis dan pelajar Universiti & Kolej. Ini bermakna, selama mereka dalamkem latihan utk World Cup, layan lah mereka seperti pemain professional full time. Andai majikan beri cuti tanpa gaji, MHF usahakan utk top up gaji mereka selama tak bergaji dari majikan. Andai mereka student, beri mereka pendapatan selama mereka cuti belajar. MHF dan MSN carilah sponsor utk tampung mereka dan keluarga mereka. Itu lebih bermakna buat mereka.


Itu jauh lebih baik dari one-off bonus atau material gifts semata-mata. Juga elakkan ganjaran yang terlalu berlebihan hingga mereka terlena. Misi belum tamat. Pencapaian terbaik Piala Dunia kita adalah tempat ke 4 di KL tahun 1975. Tak salah sasarkan Final sebagai sasaran kali ini. Selepas itu nanti nak bagi bulan dan bintang pun tak mengapa. Mereka berhak. Usah mula wujudkan sekumpulan pemain hoki bersifat materialistik dan mata duitan untuk negara. Bonus pasukan negara bila dapat 4th place world cup 1975 adalah RM150 dari MHF dan seutas jam emas Omega hadiah dari Tun Razak.

sumber: fb zack rahim
Dikuasakan oleh Blogger.