Header Ads

Disebabkan sekatan informasi, ini antara 9 penipuan yang masih dipercayai oleh rakyat Korea Utara.



Korea Utara adalah sebuah negara yang lain daripada yang lain berbanding negara yang sedia ada di dalam dunia. Korea Utara adalah negara yang di jaga dan di kawal ketat oleh pemimpin nya. Kawalan yang terlalu ketat sehingga tiada informasi daripada luar dapat masuk untuk rakyatnya tanpa pengetahuan perdana menteri. Jadi banyak propaganda dan penipuan yang di buat oleh perdana menteri beliau.

1. Tahun 105

Bagi Korea Utara, tahun mereka sekarang bukan lah 2017, tetapi tahun 105. Mengapa, kerana mereka percaya mereka mengira tahun dari tahun lahirnya pemimpin tertinggi mereka Kim II Sung (1912).

2. U.S yang memulakan perang Korea.


Rakyat Korea Utara di beritahu bahawa U.S yang memulakan perang bagi keseluruhan negara Korea. U.S telah menyerang Korea Utara dan kemudiannya menyerang Korea Selatan dan Kim II Sung adalah penyelamat negara Korea Utara dalam peperangan tersebut.

Menurut media Korea Utara, mereka mengatakan Korea Selatan adalah negara yang di jajah oleh U.S, dan mereka akan menembak sesiapa dari Korea Utara yang cuba untuk menyeberang sempadan dan masuk ke negara jiran mereka itu.

3. Kim Jong II lahir dalam keadaan yang mistik.


Berdasarkan biografi Kim Jong-II, dia di lahirkan di gunung suci, dan pada masa kelahirannya, ada satu bintang baru di langit dan menerangi angkasa, musim di Korea Utara berubah tiba-tiba dan pelangi berkembar timbul.

Tetapi yang sebenarnya, beliau lahir pada tahun 1941 di kampung Vyatskoye di Siberia.

4. Kim Jong-II adalah ikon fesyen.


Pada tahun 2010, media Korea Utara menyatakan bahawa gaya fesyen Kim Jong-II yang unik adalah satu fenomena yang di ikuti oleh semua orang di seluruh dunia.

5. Korea Utara adalah sebuah negara yang paling di kagumi dalam dunia.


Korea Utara menyatakan kepada rakyat mereka bahawa, hari kelahiran Kim Jong-II di sambut di seluruh dunia dan banyak wayang dan pesta di sambut atas nama pemimpin tertinggi mereka. Korea Utara juga di kagumi seluruh dunia kerana negara itu mempunyai kualiti kehidupan yang terbaik untuk rakyat nya.

6. Burger di cipta oleh Kim Jong-II.


Minju Josan, seorang penulis dalam surat khabar Korea Utara, menyatakan Kim Jon-II yang mencipta "sandwich" baru yang di beri nama "Daging bersama roti berkembar".

7. Kim Jong-II adalah seorang ajaib.


Dalam biografi rasmi beliau, dinyatakan bahawa Kim Jong-II tidak menggunakan tandas, dan menekankan bahawa beliau tidak membuang air besar atau kecil. Ini adalah satu fakta di negara Korea Utara. Beliau juga mampu mengawal cuaca berdasarkan emosi beliau pada ketika itu.

8. Kim Jong-II adalah seorang yang berbakat.


Di universiti di Korea Utara, Kim Jong-II telah menulis sebanyak 1500 buku dalam masa kurang daripada 3 tahun dan telah mengarang penuh 6 opera.

Semasa beliau pertama kali bermain golf, 5 pukulan beliau terus masuk ke lubang, dan pada pertama kali beliau bermain bowling, beliau telah mendapat markah penuh 300.

9. Kim Jong-II telah menyembuhkan penyakit kerdil.


Pada tahun 1989, Kim Jong-II telah menemui penawar untuk menyembuhkan orang yang kerdil, dan semua orang yang kerdil telah dikumpulkan untuk di ubati. Tetapi hakikatnya, semua orang kerdil itu telah di hantar ke pulau terpencil untuk menamatkan genetic kerdil di Korea Utara.

Nasib baik suku daripada populasi Korea Utara sedar bahawa Kim Jong-II hanya 160cm ketinggiannya.
Dikuasakan oleh Blogger.