Header Ads

Cuba 10 helah psikologi ini pada sesiapa sahaja dan ianya pasti berhasil!


Setiap manusia adalah unik, tetapi pakar psikologi sentiasa menemui corak baru pada sifat manusia yang dipercayai ada dalam diri kita sejak kecil dan boleh diaplikasikan kepada semua orang.

Helah psikologi yang berguna ini mungkin akan memberi kesan secara positif kepada kemahiran komunikasi anda dan membuatkan hidup anda lebih mudah.

Untuk mengetahui jika seseorang sukakan anda, pilih satu perkataan

dan setiap kali dia menggunakan perkataan tersebut atau frasa kata yang sinonim, angguk dan senyum. Jika dia sukakan anda, lihat dia mula menggunakan perkataan tersebut pada tiap masa.

Nak orang dengar kata kita?

Setiap kali anda memberitahu mereka sesuatu, katakan yang ayah anda yang mengajar perkara tersebut. Orang mudah percaya nasihat orang tua.


Jika anda ingin orang bersetuju dengan anda

Anda hanya perlu menganggukkan kepala anda dan kekalkan pandangan mata ketika bercakap. Tanda anggukan bermaksud 'semua yang saya cakap adalah betul'. Tambahan pula, mengikut corak tingkah laku, orang akan turut ikut mengangguk.

Ada satu lagu melekat di kepala tetapi anda ingin melupakannya


Cuba fikirkan penghujung lagu tersebut. Mengikut kesan Zeigarnik, otak kita cenderung untuk mengingati perkara yang tidak selesai. Jadi jika anda fikirkan penghujung lagu tersebut, anda boleh mengeluarkannya daripada kepala anda.

Menguap dan lihat sekeliling

Jika anda merasakan ada yang sedang memerhatikan anda, menguap dan lihat sekeliling. Jika ada yang benar-benar sedang memerhatikan anda, mereka akan menguap juga, kerana menguap sangat berjangkit.


Kawan anda akan membantu anda mengangkat barang

Jika anda tidak berhenti bercakap sambil menyerahkan barang, kawan anda akan membantu anda kerana majoriti tidak menyedari yang anda sedang menghulurkan sesuatu dan akan mengambilnya. Tetapi, orang yang lebih memberikan perhatian dan kurang rapat dengan anda akan berasa keliru.

Suasana ramah ketika berjabat dengan tangan yang hangat

Jika anda tahu yang anda akan berjabat tangan dengan seseorang, pastikan tangan anda adalah hangat. Tangan yang hangat akan memberikan suasana yang ramah dan mesra manakala berjabat dengan tangan yang dingin akan memberikan kesan sebaliknya.


Ulang apa yang kawan anda cakap

Apa pun yang kawan anda cakap, ulang apa yang diucapkan oleh kawan anda atau dengan menggunakan kata seerti. Orang yang bercakap dengan anda akan merasakan yang anda benar-benar pendengar yang baik. Cuma jangan terlalu kerap menggunakan cara ini.

Mulakan ayat anda dengan 'Saya perlukan pertolongan...'

Jika anda ingin seseorang membantu anda, mulakan ayat anda dengan kata-kata seperti 'Saya nak minta tolong...' atau 'Saya memerlukan bantuan...'. Orang tidak suka perasaan serba salah dan sebab itu mereka tidak dapat menolak daripada membantu anda.

Jika anda percaya seseorang itu tidak sukakan anda

Jika anda percaya seseorang itu tidak sukakan anda, minta jika anda boleh meminjam pensel atau pen miliknya. Ini kerana, orang cenderung untuk tidak membantu orang yang tidak disukainya, tetapi dalam masa yang sama, permintaan mudah sebegitu jarang dibalas dengan 'Tidak'. Maka, orang itu akan merasakan yang anda tidaklah teruk sangat.


Dikuasakan oleh Blogger.