Header Ads

"Benda ni jadi pada kakak aku, bila bekas suami buat guna-guna untuk tundukkan dia"


Mungkin ada dikalangan kita yang sudah mula tidak mempercayai tentang ilmu sihir seperti buatan orang kepada orang lain. Namun perkara seperti ini sebenarnya masih lagi berlaku dikalangan kita terutamanya pada kaum wanita.

Terdapat berbagai cara sihir yang di lakukan oleh orang-orang yang dengki tersebut, supaya matlamat yang mereka impikan tercapai, walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak serta bersusah payah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Tok Bomoh tersebut untuk menjayakan penganiayaan mereka.

Perkongsian dari KUNTOM di twitter ini telah mendapat perhatian dari masyarakat tentang bahayanya perbuatan seperti ini, kerana ianya bukan sahaja boleh merosakkan hubungan malah diri dan keluarga juga turut diambang permasalahan. Mari kita sama-sama ambil iktibar dari kisah yang telah kami kumpulkan ini.

#1- "Benda ni jadi dgn kakak aku, bila ex suami dia buat guna-guna dgn dia utk tundukkan dia (masa kahwin)

#2- "Benda ni kantoi, bila kakak aku dgn bf dia nak kahwin. Dia jadi panas gelisah. Sebab apa?" Jom baca gambar dibawah:-


#3-" Benda tu nak kakak aku, tuan dia orang yang pernah rapat dengan kakak aku".


#4- "Akak aku cakap dia nak kahwin, jangan kacau dia. Benda tu jadi marah, sampai di bisik untuk pergi ke balkoni rumah dan terjun!"

#5-" Kakak aku sedar dia dah kat balkoni, tapi tak boleh buat apa-apa sbb benda tu kawal naluri kakak aku".


#6-  "Call ustaz,dia cakap dia tak boleh nak tolong kakak aku sebab benda tu kuat".


#7- " kau kahwin dengan dia kau mati!".


#8- "benda tu cakap dia dari ex suami kakak aku, dia hantar sbb xnk akak aku kawen lain".



 #9-" Patung yang dia buat tu, dia ikat utk 3 tujuan, kawal nafsu, kawal diri, kawal pemikiran akak aku".

#10-" Ex suami dia dah tanam something which is kain kafan yang dia tanam dekat 3 penjuru depan rumah abang aku".


#11- "Ustaz tu biarkan sampai habis azan, dia mula lah baca-baca. Dia suruh tunjuk kat mana kain tu ditanam. Betul-betul segi 3 penjuru dia tanam."



#12-  "Bila syaitan menjadi tuan dalam kehidupan, cuma nyawa yang dia mahukan"


Bagaimana nak elakkan dari terkena sihir?

Semua kita berisiko untuk disihir. Sebab itulah  Allah memerintahkan kepada kita supaya meminta perlindungan kepada Allah dari kejahatan manusia seperti mana di dalam surah al-Falaq, ayat 1 hingga 5:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya. / (5)”


Dikuasakan oleh Blogger.