Header Ads

Bekas Gula Diserang Semut, 7 Petua Ini Boleh Menghalau Semut


Bolehkah Makan Gula Yang Dimasuki Semut?
Menurut buku 501 Persoalan Fikah Wanita oleh Zawiah Hassan, gula yang dimasuki semut masih suci. Cuma, kita perlulah membuang semut-semut itu terlebuh dahulu.

Dari sudut kesihatan pula, ia bergantung kepada kuantiti dan jenis semut yang menghurung gula tersebut. Kebanyakkan jenis semut tidak memudaratkan kerana ia adalah haiwan yang tidak berdarah.

Maka, sekiranya semut tidak terlalu banyak, bolehlah diusahakan untuk memisahkannya agar gula tersebut masih boleh digunakan. Mari cuba beberapa petua halau semut dalam bekas gula yang mudah dan berkesan ini

8 PETUA HALAU SEMUT DALAM BEKAS GULA ANDA
Berikut adalah petua halau semut yang boleh anda lakukan di rumah.

1. CENGKIH / KULIT KAYU MANIS

Antara petua halau semut dalam bekas gula yang paling popular dan biasa diamalkan adalah dengan menggunakan cengkih. Cuma letakkan beberapa tangkai cangkih ke dalam bekas gula yhang dimasuki semut gtadi. Kemudian, tutupkan bekas sedikit supaya baunya lebih kuat dan mampu menghalau semut. Tapi jangan tutup rapat sangat kerana nanti semut tak boleh keluar pula. Kalau tak ada cengkih, boleh juga gunakan kulit kayu manis.
Kedua-dua rempah ini bukan sahaja menghalau semut malah turut memberi aroma yang enak kepada gula anda, jangan risau kerana ia tidak mengubah rasa gula tersebut.

2. JEMUR TENGAH PANAS

Seterusnya, anda boleh menjemurkan gula tersebut di bawah terik matahari. Untuk memudahkan, pindahkan gula ke dalam dulang atau loyang. Kemudian, jemurkan sebentar.
Kalau takut terlupa sebab letak di luar, letakkan di tepi tingkapyang di masuki cahaya matahari.

3. LETAK BEKAS GULA TEPI DAPUR GAS

Satu lagi cara yang hampir sama dengan menjemur  adalah dengan meletakkan bekas gula tadi berhampiran dengan dapur gas yang dinyalakan. Lebih elok kalau gula dipindahkan ke dalam pinggan kaca atau bekas logam.

Sambil-sambil masak nanti bekas akan menjadi panas dan semut pun akan lari. Tetapi jangan pula letak terus atas api, tak baik bunuh semut-semut tu. Lagipun, kalau semut mati dalam bekas gula bertambah susah kerja kita nanti.

4. PISAU

Petua halau semut dalam bekas gula yang seterusnya mungkin kedengaran pelik. Tapi, buatyang pernah tentu tahu keberkesanannya.

Caranya, pacakkan pisaukedalam bekas gula dan biarkan sekejap. Nanti, semut-semutakan keluar sendiri, nampak macam kelakar tapi cuba dulu baru tahu, memang berkesan.

5. ASAM KEPING / GELUGOR

Masukkan beberapa keping  asam gelugor ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugor tidak akan menukar warna atau rasa gula.

6. CILI KERING

Selalunya kita dengar petua ini untuk menghalau kutu beras, kan?  Tak sangka ia boleh digunakan untuk menghalau semut juga.

Ambil beberapa tangkai cili kering dan letak dalam bekas gula. Kalau nak potong kasar pun  boleh. Tutupkan dengan tidak terlalu rapat supaya semut boleh keluar. Jangan risau, tidak akan tertinggal rasa pedas pada gula.

7. SEJUKKAN DALAM PETI AIS

Akhir sekali, dan ini paling mudah yang anda boleh buat adalah meletakkan bekas gula di dalam peti sejuk. Letakkan bekas gula di bahgian sejuk beku atau freezer dan biarkan bekas sedikit terbuka.

Tinggalkan semalaman atau beberapa jam. Semut akan hilang. Kalau semut asyik hurung bekas gula anda, simpankan  terus di dalam peti sejuk. Mudah-mudahan selesai masaalah.

Selamat mencuba


Dikuasakan oleh Blogger.