Header Ads

Beg Tangan Teman Baik Wanita. Kenali Teman Wanita Anda Dari 7 Cara Membawa Beg


Sedar atau tidak kita boleh mengetahui keperibadian seseorang wanita dari cara mereka memegang beg tangan mereka. Ianya kedengaran aneh dan pelik tapi percayalah inilah cara paling mudah untuk mengetahui peribadi wanita yang kita kenal. Teruskan bacaan untuk ketahui peribadi wanita dengan cara mereka memegang beg tangan agar kita lebih mengenali pasangan kita.



1. Pegang Seperti Perisai
Jangan terkejut jika ada wanita yang bawa beg tangan seperti membawa perisai. Ini ertinya mereka mereka hendak melindungi diri mereka sendiri.


2. Beg Tangan Dibawah Ketiak
Kebiasaannya beg tangan yang kecil akan diletakan dibawah ketiak. Bagi mereka yang nampak wanita yang bawa beg seperti ini, mereka adalah seorang yang tidak percaya diri dan terlalu memikirkan tentang masalah penampilan.


3. Memegang Dengan Dua Tangan
Wanita yang memegang beg tangan kecil atau dompet dengan kedua tangan mereka, ertinya mereka sedang berusaha keras untuk mengawal keadaan.



4. Beg Yang Diselempangkan
Sesetengah wanita lebih suka menggunakan beg yang diselempangkan. Jenis wanita dengan gaya ini, adalah mereka suka melakukan sesuatu perkara tanpa rasa ragu.


5. Bawa Diatas Salah Satu Bahu
Cara biasanya dikaitkan dengan urusan bisnes. Beg tangan yang digunakan hanya mempunyai satu tali sahaja.


6. Menggenggam Dengan Satu Tangan
Wanita yang bawa beg tangan dengan satu tangan adalah wanita yang sangat berdisiplin. Mereka lebih suka melakukan sesuatu perkara secara bersendirian.


7. Dengan Menjinjing Beg Tangan
Cara membawa beg tangan dengan menjinjing menunjukan bahawa anda adalah seorang yang fokus.
Dikuasakan oleh Blogger.