Header Ads

Asyik stress dengan kerja sekarang, ini 9 tanda anda patut berhenti kerja


Ada orang, setiap pagi dia terpaksa memotivasikan dirinya untuk keluar bekerja terutama untuk bangun pagi. Adakah bebanan kerja yang sentiasa mengikuti anda ke mana sahaja anda pergi menandakan tiba masanya untuk anda meninggalkan kerja anda?

Tetapi, bukanlah semudah itu. Sama ada kita rasa mustahil untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik, atau kita risau jika kita berhenti kerja, kita mungkin akan dapat kerja yang lebih teruk daripada sekarang.

Ini 9 tanda anda patut tinggalkan kerja anda.

1. Anda berasa lesu untuk keluar bekerja di waktu pagi.

Bila anda tutup alarm, anda mula rasa nak menjerit sepuas-puasnya. Ini benar-benar masa yang anda perlu fikirkan keadaan kerja anda.

Fikirkan betul-betul apa yang sebenarnya mengganggu anda: Adakah bebanan tugasan yang perlu diselesaikan? Adakah bukan kerana tugasan, tetapi tentang dengan siapa anda bekerja? Atau anda berasa bosan dengan rutin?

Mengenalpasti punca dapat membantu anda mengetahui apa yang perlu anda lakukan - sama ada membincangkan peluang-peluang baru dengan ketua anda, atau meninggalkan kerja anda sepenuhnya untuk peluang di tempat lain.

2. Anda tidak berminat langsung dengan kerja yang anda buat sekarang.

Benda paling meletihkan apabila kita melakukan kerja yang tiada kaitan dengan matlamat atau minat kita. Tidak kira apa kerja anda, anda tidak akan benar-benar menikmati kehidupan ataupun mencapai potensi sebenar anda jika anda tidak bersemangat atau hilang minat.


3. Kerja anda sangat rutin, membuatkannya menjadi sesuatu yang membosankan.

Jika anda sering melakukan sesuatu yang berulang sehingga membuatkan anda berasa bosan, nampaknya anda perlu melakukan sesuatu.

Sudah memberitahu ketua anda tetapi tiada apa-apa perubahan atau peluang? Nampaknya ini petanda yang baik untuk anda tinggalkan kerja anda.

4. Tiada perubahan yang anda rasakan.

Jika anda fikir yang anda telah pelajari semua yang perlu anda pelajari dalam kerja anda, mungkin tiba masanya untuk anda mencari peluang baru.

5. Anda bukanlah "anda" lagi.

Anda telah hilang "sinar" dalam diri anda. Daripada tidak sabar menanti hari esok, anda hanya fokus untuk menghadapi hari esok.


6. Berlaku perubahan fizikal kerana tekanan.

Di mana dan bagaimana kita bekerja memberi kesan kepada tubuh badan kita. Jika berat badan anda mula bertambah atau berkurang, badan anda mula sakit, atau anda sentiasa berasa sedih, ini masanya untuk anda fikirkan pilihan yang lain.

7. Hidup anda penuh dengan fikiran negatif.

Jika anda mula hilang keinginan untuk peduli dan tidak berusaha, bukan sahaja pada kerja, tetapi pada penampilan anda, atau sekecil-kecil tugasan, tiada ragu lagi. Ini masa untuk perubahan.



8. Anda tiada masa untuk diri sendiri.

Jika anda sering bekerja sehingga lewat malam, dan tidak merasakan diri anda ini manusia, tinggalkan kerja anda. Cari pekerjaan yang membuatkan anda mempunyai masa untuk diri anda. Apa gunanya mencari rezeki untuk hidup jika anda tidak mempunyai masa untuk hidup yang sebenar?

9. Anda rasa seperti dipinggirkan.

Jika anda tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara syarikat anda beroperasi, atau tidak percaya dengan apa yang anda lakukan sehingga membuatkan anda berasa tidak selesa, tiba masanya untuk anda mencari pekerjaan lain.


Susah nak tinggalkan kerja sekarang, tetapi keadaan anda serta kesihatan bergantung pada kerja anda.

Anda tahu apa yang lebih menakutkan daripada berhenti kerja? Terus bekerja.

Pastikan juga anda telah mendapat tawaran bekerja di tempat yang baru sebelum berhenti. Kalau tidak, menganggur lah jawabnya!

Dikuasakan oleh Blogger.