Header Ads

Anda tahu semunya tentang telefon pintar anda? Lihat 10 langkah ini telebih dahulu.




Telefon pintar (smartphones) adalah paralatan yang menjadi satu kewajipan bagi setiap orang di zaman teknologi ini. Ia adalah satu peralatan yang membawa ketagihan dan kelebihan yang dapat kita peroleh darinya memang tidak dapat di nafikan. Tetapi ada beberapa kelebihan telefon pintar ini yang dapat memudahkan lagi kehidupan seharian anda, dan kami akan berkongsikan dengan anda semua.

1. Applikasi pendua.
Kebanyakan aplikasi sosial media selain instagram tidak dapat membawa 2 atau 3 akaun pada masa yg sama. Jadi bagi mereka yang aktiv menggunakan dua akaun facebook sebagain contoh, anda boleh memuat turun applikasi pendua bagi pengguna android. Hanya perlu mencari di Google Store, dan anda boleh menggunakan 2 tau 3 akaun facebook pada waaktu yang sama. Malah applikasi "Whatsapp" juga ada pendua nya.



2. Memuat turun video dari YouTube.
Anda boleh memuat turun video dari YouTube dengan menggunakan beberapa applikasi luar daripada applikasi yg di tawarkan di Google Store. Contoh nya : tubemate.net atau videoder.net

3. Menggunakan telefon pintar anda sebagai penimbang digital.
Anda tidak boleh menimbang diri anda sendiri menggunakan telefon pintar anda. Tak pasal2 pecah skrin telefon anda. Tetapi anda boleh menimbang barang2 yg kecil. Setelah anda memuatturun applikasi penimbang, anda hanya perlu menggunakan barang kecil sebagai pemulaan untuk menetukur alat penimbang anda, dengan syarat anda tahu berapakan barang kecil yang anda timbang pada permulaat itu. Kemudian anda boleh menggunakan alat penimbang seperti biasa.



4. Skrin berkembar
Kadang kala anda akan berasa stress pabila anda membuka youtube dan applikasi lain pada waktu yg sama, kerana video di youtube itu akan terhenti sejurus anda membuka applikasi yg lain. Bagi memudahkan pengguna, anda boleh mengaktifkan fungsi skirn berkembar pada telefon pintar anda. tetapi tidak semua telefon pintar ada applikasi seperti ini. Jadi, sila semak telefon pintar anda.



5. Bertukar kepada mod selamat (Safe Mode)
Kadang kita tidak sedar bahawa telefon pintar kita sedang di godam oleh pihak ketiga. Jadi untukl memastikan telefon pintar anda selamat, anda boleh memilih mod selamat. Anda hanya perlu tekan butang tutup (Power Off key), dan kemudian ia akan memberi kan pilihan samada utn memilih mod selamat atau tutup. Maka anda pilih mod selamat utk mengaktiv kan applikasi ini.



6. Menggunakan applikasi peta di luar talian (Offline)
Menggunakan peta di luar talian tanpa menggunakan internet adalah satu perkara yg di benarkan oleh google. Anda hanya perlu ada applikasi "Google Maps", dan aktif kan GPS mod. Abda masih boleh menggunakan applikasi peta untuk melihat kedudukan anda. Jadi boleh lah kita pergi beraya rumah kawan2 yg tidak ada liputan internet.



7. Membayar menggunakan telefon pintar
Hampir semua telefon pintar masa kini ada fungsi NFC di mana anda boleh gunakan untuk membuat pembayaran. Anda hanya perlu menyambung kan kad kredit anda dengan "Android Pay" atau "Apple Pay", dan anda boleh terun menggunakan fungsi ini.



8. Pengimbas (Scanner) telefon pintar.
Di zaman moden ini, telefon pintar anda adalah bahan rujukan anda yang paling mudah tanpa menggunakan buku atau sebagainya. Jika anda ingin mengimbas apa2 dokumen, anda boleh menggunakan "Camscanner" atau "Handyscanner". Malah anda boleh menukarkan bahan yg diimbas kepada format PDF, supaya mudah di kongsikan kepada orang lain.



9. Pencarian kamera Google
Anda boleh mengetahui atau mendapatkan apa sahaja dengan menggunakan google. Kadang kala kita tidak tahu apakah perkataan bagi barang2 yg kita mahukan. Maka anda boleh menggunkan applikasi "Google Goggles". Anda hanya perlu kamera telefon anda dan ambil gambar barang2 yg anda ingin, dan applikasi tersebut akan memberitahu anda apakah nama barang yang anda ingin.



10. Pautan telefon pintar
Masa kini kebanyakan telefon pintar ada kemudahan peralatan USB On-The-Go (OTG). Maka anda tidak perlu menggunakan laptop untuk mengalih kan dokumen kepada laptop atau komputer anda. Hanya perlu mengalihkan kepada USB untuk simpan, dan boleh di alihkan ke komputer atau laptop pada bila2 masa.



Harap informasi ini dapat membantu anda. Terima Kasih. =)
Dikuasakan oleh Blogger.