Header Ads

Anak berusia 5 tahun hidap penyakit kanser tahap 4, lihat apa yang bapa lakukan


Apa perasaan anda jika anda dapat tahu yang anak atau pun adik kecil anda tidak dapat hidup cukup lama? Adakah anda akan menunaikan hasratnya yang terakhir?

Eileidh Paterson, anak perempuan Gail Paterson yang berusia 5 tahun yang menghidap kanser tahap 4, "neuroblastoma" yang biasa dijumpai di kelenjar adrenal. Ketika pertama kali di diagnosis ketika itu dia baru berusia 2 tahun. Sejak dari itu dia kerap dimasukkan ke hospital untuk kimoterapi, pembedahan dan banyak kali lakukan ujian darah.

Pada februari yang lalu, para doktor beritahu kepada Paterson bahawa kanser anaknya itu telah merebak ke organ-organ yang lain. Mestikan diberi rawatan kepadanya, ia hanya dapat memanjangkan hayatnya sahaja tetapi tahap kesihatannya akan bertambah teruk.

Apabila mendengar kata-kata itu dari pihak doktor, Paterson putuskan untuk buat senarai apa yang anak perempuannya itu mahu lakukan bagi wujudkan sebanyak mungkin kenangan indah pada saat-saat yang terakhir ini.

Antara senarai yang Eileidh mahukan adalah pergi ke Disneyland, ingin bilik yang punyai hiasan merah jambu yang terang dan ingin melihat haiwan di Zoo adalah sebahagian apa yang diharapkan olehnya. Tetapi dia mempunyai satu keinginan yang pelik yang diminta olehnya, iaitu ingin menikahi kawannya yang berusia 6 tahun, Harrison Grier.



"Harison bersetuju untuk berkahwin dengan Eileidh selama setahun" Kata Paterson. Oleh itu bapanya meminjam salah satu cincin ibunya untuk diberikan kepada anaknya itu.

Jadi, pada 18 Jun baru-baru ini, majlis perkahwinan mereka berlansung dan didatangi keluarga, rakan-rakan sambil memakai kostum watak-watak Disney. Eileidh yang memakai gaun pengantin dan berjalan seperti seorang puteri ke arah "suami". Mereka seakan berada dalam kisah dongeng mereka sendiri, kata ibu Eileidh.


Mereka berdua diisytiharkan sebagai kawan terbaik selama-lamanya dan menutup hubungan mereka dengan kalung St Christopher untuk digantikan sebagai cincin.

Eileidh adalah seorang gadis yang kuat kerana di menghadapi sakitnya itu dengan bergaya. Dia mampu menari, ketawa dengan rakan-rakan, baca buku cerita bersama dengan rakan-rakannya yang lain.

Dia dianggap sebagai gadis kecil yang berani didunia dan dia sangat disayangi oleh semua orang disekelilingnya.



Ibu mana yang tidak sedih terpaksa melepaskan anak kecilnya itu pergi buat selamanya. Eileidh Rose pergi bertemu Pencipta kami dan akan peroleh sayapnya sebagai seorang malaikat pada 1 Julai 2017 pada ketika usianya 5 tahun, kata ibunya itu.
Dikuasakan oleh Blogger.