Header Ads

Akhirnya FAM Berkompromi ; Undian Bola Sepak Sukan SEA 2017 Diubah Ikut FIFA



Baru-baru  ini admin ada terbaca facebook seorang yang berpengalaman dalam sukan Malaysia terutamanya bola sepak, Zack Rahim. Beliau memberi komentar mengenai sistem undian bola sepak di Malaysia sebagai tuan rumah sempena sukan SEA yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Akhirnya selesai.
Selepas bermesyuarat di Wisma FAM pada 3 Julai lepas, akhirnya FAM, MOM dan MASOC setuju untuk ubah mekanisma undian acara bolasepak Sukan SEA 29 KL.
Mekanisma baru ialah Pasukan Malaysia selaku tuan rumah diletakkan sebagai top seeding dan diberikan kumpulan A dgn kod A1 manakala juara SEA Games 2015 diberikan second seeding dengan B1. Kedua2 nya dipisahkan untuk elak bertemu di opening match. Cara ini selari dengan Peraturan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil. Lepas ni jika ada mana2 negara bantah lagi, suruh mereka buka peraturan ini atau berhenti saja main bola diperingkat antarabangsa.
Myanmar dan Vietnam pula diletakkan di balang no 1. Balang no 2 adalah Indonesia dan Singapura. Di balang No 3 adalah Kemboja, Laos, Filipina, Timor Leste dan Brunei. Pembahagian balang ini berdasarkan prestasi pasukan di SEA Games 2015, bukan ranking FIFA. Kumpulan A ada 5 pasukan dan B ada 6 pasukan. Pasukan pertama dipilih dari Balang 1 & 2 akan ke kumpulan A. Di Balang 3, yang pertama dipilih ke Group A, kedua ke Group B dan seterusnya hingga selesai. Ini bermakna pasukan Malaysia akan hadapi 4 perlawanan dan favorit Thailand ada 5 perlawanan peringkat kumpulan.
Namun, semua ini hanya akan disahkan selepas mendapat persetujuan AFC. Apapun, tahniah FAM. "

Sebelum posting ini beliau ada mengajukan beberapa cadangan untuk undian bagi acara untuk "Ibu segala pingat" di dalam akaun facebook peribadi beliau.

Menurut Article 41(2) 2014 FIFA World Cup Brazil, pasukan tuan rumah diberikan seeding A1 yang bermakna pasukan tuan rumah tanpa melalui sebarang undian diletakkan keutamaan pasukan utama dan dalam kumpulan pertama (A1 - Kumpulan A, pasukan pertama). Kebiasaannya, pasukan tuan rumah akan diasingkan daripada pasukan juara tahun lalu bagi elak pertembungan dengan pasukan tuan rumah dalam satu kumpulan dan juga bagi elak pertemuan di perlawanan pembukaan.

Amalan (precedent) ini wajar diikuti oleh FAM, SEAGF dan MASOC. Ini adalah kerana FAM dinaungi oleh FIFA dan amalan ini mampu melenyapkan sebarang protes dan rasa tidak puashati negara2 yang bertanding seperti kemelut yang sedang berlaku sekarang. Sehingga hari ini, Laos, Vietnam dan Indonesia membantah cara FAM dan MASOC membuat undian dengan memberi laluan kepada tuan rumah memilih kumpulan mana yang hendak dimasuki selepas undian dijalankan walaupun amalan ini sejajar dengan SEA Games Football Handbook yang menjadi 'kitab' kepada semua tuan rumah. Malah Indonesia melalui PSSI hendak pergi lebih jauh dengan membawa perkara ini ke mahkamah jika FAM meneruskannya.

MASOC memberi alasan bahawa ini adalah amalan biasa dalam temasya sebelum ini. Menurut perkara 9.4.1 Technical Handbook for Football pasukan tuan rumah boleh memilih kumpulan mana yang hendak disertainya selepas proses undian, namun dalam Sukan SEA sebelum ini, tuan rumah tidak menggunakan kelebihan ini walaupun Handbook yang serupa digunapakai turun temurun. Myanmar, Indonesia malah Vietnam (2003) memilih untuk seeding A1.

Jika FAM menggunapakai amalan FIFA, sudah pasti FAM mampu mendiamkan apa sahaja suara dari negara lain dengan memberi alasan bahawa ini adalah amalan FIFA mengikut Artikel 41(2) diatas. Lagipun, didalam Teknikal Handbook itu pun ada menyatakan sebarang pertikaian dalam Handbook ini, peraturan FIFA akan mengatasi dan digunapakai.

Undian ini bukan sahaja melibatkan bolasepak padang malah ia juga melibatkan acara bolasepak wanita, futsal lelaki & wanita serta bolatampar lelaki dan wanita. Protes ini dilihat agak menjejaskan imej negara yang menyebabkan Malaysia dilihat seperti cuba bermain selamat untuk hendak ke final dan seterusnya menang pingat emas bolasepak dan futsal.

Sehingga kini, AFF selaku badan induk bolasepak ASEAN masih berdiam diri manakala AFC masih bersembunyi sedangkan kedua-dua  organisasi ini beribupejabat di Kuala Lumpur. Kepada FAM, adalah lebih baik ikut sahaja peraturan Piala Dunia seperti digariskan FIFA supaya kita dilihat senada dengan cara FIFA malah berani hadapi siapa sahaja. Insyallah, selaku tuan rumah, fans Harimau Malaya akan teguh dibelakang selagi pasukan berikan persembahan terbaik. Kalau tak mampu ke Piala Dunia pun, sekurang-kurangnya kita anjur taraf Piala Dunia. Lagipun semua pasukan turunkan team B22, bukan team senior. Semua dilevel yang sama dan hanya 90 minit dipadang membezakan setiap pasukan.



sumber fb: Zack Rahim



Dikuasakan oleh Blogger.