Header Ads

Adakah anda sudah cukup mengenali pasangan anda? cuba bertanyakan soalan-soalan ini.




Kadang kala kita tidak sedar, kita telah dikaburi oleh cinta, tetapi tidak salah jika kita bertanyakan soalan yang membantu untuk lebih mengenali pasangan anda.

Anda boleh cuba menggunakan soalan-soalan ini untuk pasangan anda, dan si dia juga boleh bertanyakan soalan yang sama kepada anda. Ingat, tujuan anda bertanyakan soalan ini hanya untuk lebih mengenali dan mempelajari sifat dan sikap pasangan anda, tidak lebih dari itu. Kita hanya ingin tahu, dan bukan untuk mengeruhkan hubungan bersama pasangan anda.



Soalan Pasangan

Selalunya lelaki jarang ingin bersembang tentang "girl stuff" dan soalan berkaitan perhubungan, jadi ini salah satu cara untuk anda cuba menyelidik perihal pasangan anda. Anda boleh cuba untuk menjadikan sesi soal jawab ini lebih menarik jika anda buat seperti permainan dalam "game show" dan anda adalah pengacaranya. Tak dapat tahu semua, tahu sikit jadi la.

1. Bila awak rasa akan kehadiran diri saya?

2. Awak ingat tak ayat atau perkataan pertama yang kita gunakan masa mula-mula berkenalan?

3. Apa tanggapan awak terhadap diri saya pada mulanya? Pernah tak awak rasa benci pada saya?

4. Apa memori yang paling manis tentang saya?

5. Apa yang awak paling suka tentang saya?

6. Apa cara yang paling awak suka untuk meluankan masa bersama dengan saya?



Soalan untuk si dia

Soalan-soalan di bawah ini mungkin akan menyebabkan pasangan anda tidak selsa, jadi tak perlu paksa mereka untuk menjawab, dan jika mereka memberikan jawapan anda hanya perlu mendengar dan berinteraksi. Lagi elok jika pasangan anda itu dapat menjawab dengan lebih terperinci.

1. Cuba awak ceritakan pasal diri awak?

2. Apa yang awak pernah buat masa remaja, yang ibu dan ayah awak tak tahu?

3. Apa mimpi yang paling pelik pernah awak dapat? Ape mimpi awak baru-baru ini?

4. Apa memori masa kecil yang awak paling ingat?

5. Memori awak yang paling gembira dalam hidup awak?

6. Apa memori awak yang paling memalukan?

7. Siapa yang paling mempengaruhi hidup awak?

8. Awak ada tanda lahir? kalau ada, kat mana?

9. Awak senang jatuh hati pada orang tak?

10. Pernah tak awak bersembang dengan orang lain pasal perkahwinan?

11. Bila awak dah tiada lagi, awak nak orang lain mengingati awak sebab apa?



Soalan untuk ketahui apa yang disukai dan tidak

Mungkin jawapan yang diberi adalah tidak benar dan mungkin benar. Tetapi jika anda meminta pasangan anda untuk bercerita dengan lebih terperinci tentang apa yang disukainya atau tidak. Itu lebih bagus, kerana anda akan dapat mengenal pasti samada pasangan anda menipu dalam menjawab soalan di bawah ini atau tidak.

1.Waktu yang paling awak suka setiap tahun? kenapa?

2. Hari cuti yang paling awak suka?

3. Pelakon yang awak paling suka?

4. Pelakon yang paling awak tak suka?

5. Warna kegemaran? kenapa?

6. Warna yang tidak digemari? kenapa?

7. Makanan kegemaran dan makanan yang paling tidak digemari?



Soalan hipotesis

Ramai suka bertanyakan tentang soalan hipotesis, iaitu soalan tentang pendapat, kerana semua orang ada pendapat masing-masing. Ini adalah salah satu cara bagaimana untuk anda mengetahui apa yang bermain di fikiran pasangan anda apabila di tanyakan soala-soalan di bawah.

1. Kalau awak boleh pergi bercuti, awak nak bercuti di mana?

2. Kalau awak perlu memberikan nama manja untuk diri sendiri, apa nama nya?

3. Kalau awak nak beri nama manja untuk saya, apa nama nya?

4. Satu isu yang besar tak, kalau saya berpendapatan lebih tinggi dari awak?

5. Kalau saya berpendapatan lebih tinggi, nak tak awak menjadi suri rumah dan jaga anak-anak?

6. Kalau awak terdampar di satu pulau dengan satu barang mewah, apa barang tersebut? kenapa?

7. Apa yang awak akan buat kalau awak ada sejuta ringgit?

Soalan akan menimbulkan perasaan ingin tahu dan memerlukan daya pemikiran yang tinggi sebelum menjawab nya. Jika anda boleh bertanya soalan yang akan merapatkan lagi hubungan bersama pasangan anda, amat lah di galakkan. Selamat mencuba.


Dikuasakan oleh Blogger.