Header Ads

9 Tabiat buruk yang mengurangkan tenaga anda dan ini caranya yang anda perlu tahu


Pernah anda rasa sangat letih dan lesu tapi taktahu kenapa ? nak kata dah tidur memang cukup. nak kata penat kerja tak juga. Anda pun tak faham kenapa? Alasannya ialah kita mengekalkan tabiat buruk yang mengalir didalam badan kita dan kita tidak tahu macam mana untuk mengelakkannya. Tetapi penyelesaiannya sangat mudah kerana ia hanya memerlukan kehendak untuk melakukannya saja.

Hari ini kami di Nakbebel kongsikan bersama anda  perkara yang mencuri tenaga anda dan penyelesaiannya kepada setiap daripadanya.

#1- Jaga janji anda pada orang lain.


Jangan buat janji yang tak boleh anda lakukan. Dalam usaha untuk menjadi baik, anda akan memusnahkan nama baik anda. Oleh itu, jika anda berjanji, tepatilah janji anda dengannya.

#2- Jauhi dari orang yang negatif

Banyak kali kita rasa nak bantu orang tapi akhirnya kita terima aduan dan pendapat yang negatif dari orang lain. Berkawanlah dengan orang yang positif dan elakkan dari berkawan dengan negatif.

#3- Bayar hutang tepat pada masanya


"Jangan berhutang dengan sesiapa" letakkan itu sebagai moto hidup anda. Sekiranya anda punyai hutang, bayarlah dengan masa yang telah ditetapkan. Layanlah orang itu seperti mana anda mahu orang itu melayan anda.

#4- Belajar untuk memaafkan orang lain

Jika kita memilih untuk tidak memaafkan orang lain, kita memilih untuk derita. Daripada meracuni diri dari kebencian, pilihlah untuk memaafkan dan teruskan hidup seperti normal, sama ada orang itu maafkan anda atau tidak itu belakang cerita. Yang penting carilah ketenangan untuk diri sendiri. Anda akan dapat rasa senang dihati untuk terus hidup.

#5- Fokus dengan apa yang anda suka buat


Kadang kala kita perlu lakukan perkara yang kita tak suka, tapi bila berpeluang. Abaikan sebentar dengan perkara yang anda tak suka buat dan lakukan dengan fokus pada perkara yang anda suka lakukan.

#6- Cari masa untuk tetapkan tujuan

Ada masa untuk berehat dan ada masa untuk bertindak. Kedua-duanya adalah sama penting dan perlu dalam hidup anda. Jangan lupa :)

#7- Berkemas


Jika anda mahu cas positif ada dalam diri anda. Mulaan dengan menyusun semula bilik tidur anda atau ubah suai almari anda. Rumah anda anda cermin tenaga dalam diri, dan kekacauan yang menghalang tenaga anda. Jadi, jika anda ingin membersihkan fikiran anda, mulakan dengan membersihkan keserabutan di ruang anda.

#8- Perhatikan kesihatan anda

Ingin minda yang bijak tidak dapat dilakukan tanpa kesihatan yang baik. Merka yang menjaga keperluan kesihatan fizikal dan mental mereka akan jadi lebih gembira. Luangkan masa yang cukup untuk menjaga tubuh anda.

#9- Let your life flow


Anda adalah sebahagian dari segala-galanya, dan semuanya adalah sebahagian dari anda. Berhenti berjuang dengan kehidupan, terima dan biarkan diri anda dibawa oleh aliran seperti air. Ingatlah anda adalah orang yang mengawal kapal anda sendiri.

Dikuasakan oleh Blogger.