Header Ads

8 Minuman Ini Dapat Tingkatkan Metabolisme Badan Anda!!



Akhir-akhir ini banyak post online mengenai teknik serta makanan untuk menurunkan berat badan. Terdapat 8 minuman yang dikatakan mampu meningkatkan metabolisme badan manusia, seterusnya mampu membakar lemak dalam badan. Minuman ini bukan sahaja sedap, malah senang untuk disediakan.

1. Teh Hijau Peppermint
Bahan utamanya teh hijau, ia mampu mengoptimumkan pengoksidaan lemak, sementara pudina dan lemon menghalang keradangan dan sangat menyumbang kepada proses metabolisme.


Cara dan bahan-bahan:
Tambahkan teh hijau kedalam jag minuman. Tambahkan sedikit daun peppermint segar. Tambahkan beberapa hirisan lemon. Simpan jag tadi didalam peti sejuk pada Ahad malam. Bermula hari Isnin, minum segelas teh tadi setiap hari. Habiskan sehingga seminggu.



2. Smoothie Strawberry
Kunci untuk menguatkan otot adalah pengambilan protein yang banyak. Susu kocak ini meningkatkan pengambilan protein, dan strawberry mengaktifkan metabolisme anda.


Cara membuat smoothie strawberry:
Masukkan dalam blender; 1/2 liter susu skim, 1 cawan strawberry, 1/2 cawan oat, 1 cawan yogurt natural ringan, 1/4 cawan biji rami. Blend semuanya, nikmati rasanya yang sedap dan rasai kebaikan minuman ini.



3. Smoothie buahan
Minuman ini sangatlah lazat kerana mengandungi kombinasi beberapa jenis buah. Bahan utamanya adalah limau gedang yang banyak digunakan sebagai bahan untuk membuang lemak.


Cara membuatnya:
Masukkan dalam blender; 2 biji limau gedang diperah, 2 hirisan nanas, secawan raspberries, 1/2 gelas air. Diblend bersama-sama, dan sedia untuk diminum.


4. Smoothie epal.
Buah epal adalah bagus untuk detoks dan memberi tenaga kepada badan. Epal kaya dengan pectin, yang akan mengurangkan amaun lemak yang diserap oleh badan. Minuman yang lazat ini akan memberi tenaga kepada otot-otot badan dan membantu membakar lemak.


Cara membuat smoothie epal;
Masukkan dalam blender; 1 cawan yogurt natural ringan, sebiji epal dipotong kecil, 1 sudu besar madu, 1/2 cawan almond, kulit kayu manis, 1/2 liter susu skim. Blend semuanya dan boleh nikmati minuman sihat ini begitu sahaja.


5. Minuman teh berempah.
Minuman teh hijau campuran ini mempunyai banyak kelebihan kepada kesihatan. Teh hijau, lada dan kulit kayu manis akan meningkatkan metabolisma badan, manakala madu akan memberi kesan detoks atau nyaktoksin.


Cara-cara membuatnya:
Sediakan secawan teh hijau, tambahkan sedikit madu. Tambah secubit lada cayenne (kurang daripada madu), dan tambahkan sesudu besar serbuk kayu manis.


6. Smoothie coklat.
Minuman ini sangat sesuai untuk anda yang mahu meningkatkan pengambilan protein secara semulajadi. Sepertimana kopi boleh meningkatkan metabolisme badan, cuba minum smoothie coklat ini sejam sebelum lakukan senaman.


Cara-cara membuatnya:
Tambahkan ke dalam blender; coklat atau tepung koko tanpa gula, 1/2 liter susu skim, 1/2 cawan oat. 1/4 cawan amarant, 1/2 sudu besar kopi, sedikit madu mengikut rasa.  Blend semuanya dan nikmati rasanya yang agak sedap.

*Amaranth : Adalah sejenis tumbuhan yang berdaun lebar, bunganya merah terang atau keemasan, dan mempunyai 60 pelbagai spesis. Daunnya di Malaysia dipanggil bayam.  *sumber:wikipedia

 Minuman lain yang dapat tingkatkan metabolisme badan -


7. Air Kelapa
Air kelapa boleh diminum terus dari buahnya boleh meningkatkan metabolisme.



8. Kopi hitam.
Kopi hitam boleh meningkatkan metabolisme badan dan membakar lemak dengan cepat. Boleh diminum sebelah pagi selepas sarapan atau sebelum melakukan sebarang senaman.

Dikuasakan oleh Blogger.