Header Ads

3 Tips Buat Wanita Mencari Jodoh Yang Terbaik



Memilih pasangan hidup memang bukan hal yang mudah, apalagi bagi wanita. Pada masa dahulu, wanita sukar menentukan pasangan hidup kerana banyak kekangan. Sekarang wanita bebas memilih pasangan, namun tetap juga ada kesukaran. Jadi, bagaimana hendak memilih pasangan?


Memang tidak ada manusia yang sempurna dan ideal mengikut keinginan kita. Tetapi sebenarnya ada beberapa panduan umum bagi wanita yang ingin memilih pasangan. Mengecualikan kewujudan cinta diantara keduanya, untuk memilih jodoh yang paling utama adalah berdasarkan agama, harta, fizikal dan keturunan. Itu idealnya, namun saya akan membahas sesuatu yang lebih konkrit.


#1. Aqidah adalah hal yang utama
Saya hanya membahas agama Islam disini. Seorang lelaki yang sepadan sebagai pasangan adalah yang memiliki aqidah yang lurus. Aqidah keimanan yang pasti dan lurus, dimana tidak ada keraguan bagi yang menyakininya. Dalam Islam tentu yang dimaksudkan adalah sejauh mana dia beriman kepada Allah dan manifestasinya dalam kehidupan sehariannya.

Kata datuk saya, aqidah yang lurus akan membawa seseorang pada akhlak dan ibadah yang baik. Seorang lelaki dengan aqidah yang lurus dapat membimbing keluarganya menuju ke jalan yang benar. Ia akan selalu berusaha memberi makanan yang halal bagi keluarganya, bertanggungjawab dan selalu memberi perlindungan, walau sukar macammanapun keadaan yang dia hadapi. Lelaki yang aqidahnya lemah akhirnya tewas dan tidak sesuai untuk menjadi pemimpin.


#2. Perlakuan kepada keluarga dan orang lain
Point pertama mungkin nampak sukar. Aqidah memang sukar untuk dikupas kerana ada di dalam hati. Namun untuk yang ini lebih mudah dilihat. Seperti aqidah, aqidah yang baik akan membawa akhlak dan ibadah yang baik. Maka dari itu sebagai wanita yang baik, kepekaan terhadap tindak tanduk calon suami adalah satu kemestian. Ingat, bahawa sikap adalah manifestasi dari keimanan seseorang.

Bagaimana seorang lelaki melayan orang lain, terutama keluarganya adalah gambaran bagaimana nanti pasangannya akan dilayan. Yang paling terlihat mudah dikenali adalah bagaimana seorang lelaki melayan orangtuanya. Jika seorang lelaki begitu sayang dengan orangtua, terutama ibunya, maka dia akan sayang dengan isterinya. Perhatikan juga bagaimana pandangannya terhadap wanita kerana itulah pandangannya terhadap pasangannya.



#3. Selidik sejarah hidup calon suami andaLelaki yang baik selalu memiliki perancangan dan pendirian dalam hidupnya pada jangka pendek, jangka masa sederhana mahupun jangka masa panjang. Ia tahu sekarang sedang berada di mana dan akan kemana beberapa ketika lagi. Hal ini akan menjamin kehidupan anda bersamanya akan selalu dipenuhi dengan kemajuan. Jikapun gagal, lelaki yang memiliki perancangan pasti akan memiliki kemampuan untuk mengatasi kegagalannya dan membuat perancangan yang lain. Lelaki yang memiliki perancangan adalah lelaki yang memiliki tanggung jawab besar dalam mengharungi hidup bersama anda.

Sebaliknya, lelaki yang tidak memiliki perancangan akan membawa anda terumbang ambing di lautan kehidupan yang tanpa kepastian. Ia hanya akan berlayar kemana angin membawa biduk rumah tangga anda. Tentu saja hal ini sangat tidak diingini oleh wanita sebab membina keluarga perlukan kestabilan. Untuk itu memilih lelaki yang memiliki perancangan yang baik dalam kehidupannya dapat menjamin kestabilan dan kesejahteraan anda.


Untuk itulah wanita harus pandai dalam memilih pasangan. Jika anda menemui hal negatif pada calon pasangan yang memberi kesan besar pada kehidupan, selalu ingat bahawa manusia boleh berubah. Namun perubahan itu seeloknya terjadi sebelum melangkah ke jinjang pelamin yang serius.

Bayangkan anda menjadi tua, membesarkan anak, melakukan semua hal bersama-sama mulai dari bangun pagi sampai tidur malam, selama-lamanya. Pasti akan membosankan jika anda memilih lelaki yang salah. Seperti sebuah kata pepatah , hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan bersama orang yang salah. Dan ingatlah sebuah perkahwinan itu menuntut persediaan yang lebih besar. Anda bagaimana?
Dikuasakan oleh Blogger.