Header Ads

11 Cara Terbaik Untuk Memikat Hati Orang Pada Pandangan Pertama.


Akan menghadiri temuduga untuk kerja? atau bertemu seseorang buat pertama kalinya... Pasti kamu mengharapkan yang terbaik untuk setiap perjumpaan yang dirancang dan pertemuan itu adalah yang pertama kali buat kamu.
Berikut 11 perkara yang penting bakal membantu kamu berinteraksi dengan sesiapa sahaja untuk pertama kalinya. Eloklah jika kamu mengingatnya untuk kegunaan  masa hadapan.

11. Berfikiran positif

Apabila bertemu dengan seseorang buat pertama kali, cuba untuk memulakan perbualan dengan senyuman yang ikhlas dan kekalkan topik yang positif.
Ia akan menggambarkan keseluruhan sikap anda dan ia dapat membantu memberi gambaran terbaik tentang diri anda.


10. Membina bahasa badan yang terbuka.

Bahasa badan kamu akan menggambarkan diri kamu walaupun sebelum kamu memperkenalkan diri.
Halakan badan kamu ke arah orang yang sedang bercakap dengan kamu, dan elakkan menyilang kaki untuk mendapatkan pandangan bahawa kamu jenis yang mudah didekati serta cuba bertenang.
Secara umumnya, kekalkan posisi dan keadaan di mana anda rasa tidak terlalu dekat atau tidak terlalu sosial.


9. Lakukan Hubungan mata

Semasa berinteraksi dengan seseorang, kurangnya hubungan mata akan memberi pandangan bahawa anda ingin meninggalkan bilik itu.
Tetapi memandang dengan terlalu lama dalam mata seseorang akan membuatkan mereka tidak selesa.
Penggunaan kaedah peralihan fokus segitiga, iaitu fokus antara dua mata dan mulut akan dapat membantu mengekalkan kadar hubungan mata yang bersesuaian.


8. Berikan tumpuan.

Sentiasa mendengar dengan berhati-hati apa yang diperkatakan oleh rakan perbualan, dan ia dapat memastikan perbualan itu dapat diteruskan.
Jika kamu sentiasa menunjukkan minat dengan apa yang diperkatakan oleh orang lain, mereka akan lebih terbuka, seterusnya menghasilkan perbualan yang bermakna dan berisi.


7. Bertanya soalan.

Situasi yang tertekan kadang-kadang menyebabkan kamu rasa gementar dan lupa apa yang hendak diperkatakan.
Bertanya soalan yang bersesuaian dengan masa, bukan sahaja dapat membantu kamy mengumpul pemikiran dan pandangan kamu, tapi ia juga akan menjadikan perbualan itu perbualan yang anda gemari.


6. Mencari persamaan.

Semasa berkomunikasi dan berbual dengan seseorang, cuba mencari persamaan antara kamu. Minat yang sama serta topik yang digemari akan membawa kepada perbualan yang menyeronokkan dan melancarkan perbualan.


5. Jadi orang yang unik.

Ketulinan dan keaslian selalunya memberi nilai yang tinggi. Semasa cubaan untuk mendapatkan pandangan yang baik, cuba berbual mengenai perkara yang unik berbanding topik yang membosankan dan tiada siapa peduli.
Dedahkan topik atau skill yang menarik yang akan membezakan kamu dengan orang lain dan dapat memenangi hati orang lain.


4. Tunjukkan kemahiran dan rasa humor anda.

Memang sukar untuk melihat humor atau lawak semasa berjumpa dengan orang baru, tapi jika kamu dapat menyampaikan lawak diwaktu yang tepat dengan gaya yang tepat,
ia boleh jadi langkah yang terbaik mencapai lebih kejayaan. Tetapi menyampaikan lawak yang tidak bersesuaian atau lawak yang buruk, pasti akan merosakkan imej kamu.


3. Mengumpul maklumat lebih awal.
Sebelum perjumpaan dengan seseorang untuk pertama kali, atau sebelum menghadiri temuduga kerja, adalah dinasihatkan untuk kamu mendapatkan maklumat mengenai orang tersebut atau syarikat yang kamu hadiri.
Dengan itu, kamu akan mendapat lebih banyak maklumat seperti persediaan untuk sebarang situasi yang mungkin berlaku.
Kamu juga akan mempunyai lebih banyak perkara untuk dibincangkan, dan kamu akan lebih cepat dalam memberikan jawapan yang memuaskan hati.

2. Bertenang

Cuba bertenang adalah jalan terbaik.
Buat persediaan untuk perjumpaan dengan seseorang pasti akan membantu  untuk dapatkan pandangan yang baik,
 tetapi jika kamu keterlaluan dan terlalu banyak usaha diberi sehingga menimbulkan rasa gementar, pasti kamu akan hilang pertimbangan.
Jadi janganlah terlalu memikirkannya, ingatlah untuk jadi diri sendiri dan tumpukan pada orang dipersekitaran kamu.

1. Periksa nafas kamu.

Nafas yang berbau busuk akan membunuh segala peluang untuk mendapatkan pandangan pertama yang terbaik, oleh itu ini dia cara untuk mengetahui samada kamu sudah bersedia bertemu dengan orang baru atau tidak; jilat pergelangan tangan kamu dengan pertengahan lidah, tungu selama 5 ke 10 saat, kemudian cuba hidu pergelangan tangan kamu itu. Jika kamu sendiri tidak menyukai baunya, maka tibalah masanya untuk menggunakan berus gigi atau ubat kumur mulut.

Semoga berjaya

Dikuasakan oleh Blogger.