Header Ads

Tujuh Ciri-ciri Hubungan Yang Sihat.


Apa sebenarnya perhubungan yang sihat? Mungkin kamu tak terfikirkannya sehingga kamu memerlukannya.

Gunakan senarai mini ini, sesetengahnya akan berasa kuat, dan sesetengahnya memerlukan kerja keras.
Fokus kepada membuat perubahan yang kecil pada satu-satu masa kerana ia akan memotivasikan anda untuk meneruskan usaha lagi!


1. Keseimbangan antara keperluan untuk hubungan dengan keperluan untuk penjagaan diri.
Dalam mana-mana perhubungan pun, mestilah ada "give and take", memberi dan menerima. Jika tiada, maka perhubungan akan menjadi sangat teruk.

Contohnya:
Anne berputus asa untuk melakukan senaman kecergasan kerana ia memakan masa bersama keluarga. Oleh itu, tekanan telah meningkat dan dia merasa tertekan.

Pengajaran:
Apabila kamu berputus asa dengan apa yang kamu perlukan, kamu perlu membayar dengan sesuatu.
Apabila kamu meletakkan keperluan untuk perhubungan itu lebih dari diri kamu, itu satu tanda kebergantungan bersama.


2. Kerelaan untuk berkomunikasi tanpa menyalahkan dan melekat pada satu poin.
Komunikasi merupakan masalah nombor satu dalam perhubungan. Dengan menggunakan pernyataan "saya", fokus adalah pada diri kamu dan elakkan menyalahkan orang lain dan kritikan. Setiap kali memulakan ayat dengan perkataan "kamu" ia akan menurun dengan cepat. Mudah tetapi berkesan.


3. Tahu waktu yang sesuai untuk berbicara tentang sesuatu dan bila pula  untuk tidak membincangkannya.
Tahu bila dan macamana untuk berbicara tentang sesuatu merupakan kunci kepada perhubungan yang sihat. Pergaduhan yang tipikal selalunya bermula apabila seseorang itu hendak bercakap SEKARANG, tanpa menunggu kedua-dua belah pihak untuk bersedia.  Memaksa suatu perbualan atau perbincangan selalunya tidak membuahkan hasil.

Contoh:
Ahmad balik rumah, dia kecewa apabila rumah kelihatan tidak kemas, dengan segera dia mengkritik keadaaan rumah, sedangkan Sherry sudah kepenatan kerana seharian bersama menguruskan rumah dan menjaga bayi mereka.

Pengajaran:
Waktu yang terbaik untuk berbincang adalah di waktu kedua-duanya sudah bersedia. Apabila kamu boleh berbicara, mendengar juga menjadi lebih mudah.



4.  Kasih sayang fizikal dan sentuhan yang saling menyeronokkan.
Perhubungan fizikal semakin pupus dan menghilang kerana dua sebab. Persahabatan boleh boleh menjadi rosak kerana kamu berasa tidak lagi disokong oleh sahabat kamu. Atau kamu sedang menanggung beban lama yang menyakitkan yang perlu untuk dipulihkan. Untuk memulihkan suatu perhubungan, selalunya memerlukan bantuan luar.  Kekurangan kasih sayang boleh menyebabkan putusnya hubungan emosi yang sukar untuk dibaiki. Pembinaan semula adalah titik permulaan.


5. Boleh memaparkan rasa marah dengan tegas tanpa membuat orang lain.
Sangat sedikit orang yang membesar dengan sihat tapi dikelilingi oleh kemarahan.
Menjerit dan memanggil nama adalah satu kebiasaan tetapi ia juga merosakkan. Matlamatnya adalah menyatakan apa yang kamu rasakan tanpa menyalahkan sesiapa.

Contoh:
Saya sangat marah sebab kamu tidak menolong saya mengemas selepas jamuan. Saya sangat hargai jika kamu boleh tolong kemaskan pinggan-pinggan kotor.

Berbanding dengan:
Kamu buat saya marah kerana kamu tidak pernah membantu semasa kita ada tetamu.

Yang pertama bertumpu pada fakta, tetapi yang kedua adalah penghakiman, dan dengan menggunakan perkataan "tidak pernah" ia telah menjadi satu serangan.



6. Kenalpasti jika anda perlukan nasihat profesional.
Pasangan yang bermasalah selalunya menunggu lebih kurang 6 tahun untuk mendapatkan pertolongan.  Walaupun hanya sebelah pihak yang memerlukan pertolongan, itu sahaja sudah mencukupi untuk membuat perubahan yang positif dalam perhubungan. Ia bermula dengan kamu.



7. Saling menyokong antara satu sama lain.
Mendapatkan persetujuan bukanlah selalu yang diperlukan untuk mendapatkan komunikasi yang baik. Setiap pasangan  mempunyai isu "kunci-grid", yang mana menurut The Gottman Institute, ia mengandungi perbezaan yang tidak berubah mengikut masa. Jadi, matlamat yang lebih realistik adalah memberi pengesahan. Secara asasnya, ia adalah kita memberitahu pasangan yang kita memahami pandangannya. Kita tak perlu bersetuju pun untuk mengesahkannya.


sumber: counsellingrecovery.com
Dikuasakan oleh Blogger.