Header Ads

Teknik asing duit untuk kawal perbelanjaan, agak kuno tetapi berjaya tau


Raya dah nak dekat ni dan mesti ada bermacam perbelanjaan betul tak ? Sudah nak kena fikirkan perbelanjaan baju raya, belanja kuih raya, nak servis kereta lagi nak balik kampung, minyak dengan tol. Kalau tersalah hitung duit gaji ni boleh jadi tak cukup !

Okay ini admin ada satu perkongsian cara asing duit gaji yang agak sedikit kuno tapi menjadi betul!

Kalau rasa-rasa duit setiap bulan asyik ghaib je dan bila semak akaun bank mesti termenung kemana duit semua hilang, boleh la cuba ikuti tips berguna dari Norhafizah Abdullah ini. Cuba dulu kalau menjadi ajar pula pada orang lain ye.

" Mak janji nak kongsi cara untuk elakkan duit ghaib sebelum tiba masanya, dan seriously menjadi taw!"




1- Sediakan sampul secukupnya dan labelkan

Pertama sekali korang kena senaraikan kesemua liabiliti setiap bulan dari A-Z dan janga ada yang tertinggal. Tahu berapa anggaran untuk setiap sampul dan tulis berapa nilai maksima untuk setiap sampul. Kalau nak campurkan kesemua dalam satu sampul dan tulis "TABUNG LIABILITI" pun boleh tapi kalau buat satu per satu boleh nampak berapa jumlah yang digunakan setiap hari.

2-Isi setiap sampul dengan duit perbelanjaan.

Okay korang dah siap senaraikan berapa jumlah perbelanjaan untuk setiap sampul kan? Sekarang ni adalah masa untuk isi setiap sampul dengan duit. Tidak apa kalau isi lebih, jangan isi kurang dari jumlah sebenar sudah. Tak cukup pula nanti!

3- Kumpulkan semua sampul dan simpan di tempat yang selamat dan susah nak ambil

Simpan kesemua sampul di tempat yang memang susah nak capai. Jangan pula simpan dan beg tangan atau purse/ wallet. Lagi senang nak capai pula bila ada emergency je terus buka sampul dan guna, betul tak? kalau sedar diri baik simpan kat tempat lain.

4- Cepat-cepat bayar semua hutang dan tanggungjawab lain

Bila gaji masuk je, seeloknya terus cepat-cepat bayar dan jangn suka tangguhkan. Kalau lambat bayar takut ada yang tak cukup. Selain itu, kalau lah ada satu sampul tu korang ada duit lebih, jangan ambil! Simpan je baki tu dalam sampul tersebut dan boleh la foward ke bulan depan.

Cuba amalkan tips ini dalam menguruskan perbelanjaan dan percayalah, daripada sebelum korang termenung duit asyik tak cukup mesti lepas ni ada sampai berbaki pula duit. Ini memang cara terbaik untuk disiplinkan diri.
Dikuasakan oleh Blogger.