Header Ads

Suspek yang ditangkap berkenaan kes kematian pelajar UPNM akan didakwa hari ini


32 orang pelajar dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang telah ditahan reman atas siasatan kes kematian seorang penuntut universiti itu, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta pagi ini.

Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad dari Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor berkata, suspek yang ditahan akan didakwa kira-kira jam 10 pagi ini. Walau bagaimana pun, beliau tidak dedahkan berapa ramai yang bakal didakwa.

Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lalu, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakan. Mangsa mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki akibat ditekap dengan seterika wap yang dipercayai didera pada 20 dan 21 Mei lalu.

Sumber: bharian.com.my


Dikuasakan oleh Blogger.