Header Ads

Sukar Untuk Mengawal Emosi Ketika Berpuasa,Ini 7 Tips Untuk Mengawal Emosi Anda


Di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita beribadah dan menjalankan rukun islam yang ke 3 iaitu berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, berpuasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga bahkan merangkumi banyak aspek yang berkenaan dengan "SABAR", kebanyakkan dari kita yang terjerat dengan rutin harian yang agak menekan emosi. Kesesakan lalu lintas, tanggungjawab kerja dan sebagainya sentiasa menjadi ujian yang menuntut kesabaran diri.
Berikut 7 tips ataupun cara mengawal emosi agar hakikat puasa dapat dijalankan dengan baik dan benar.

1. Bertafakur

Salurkan emosi dengan bertafakur ringan yang dapat membuat tumpuan tertuju pada niat Anda untuk berpuasa. Tafakur sedar diri adalah suatu upaya pengendalian diri untuk dapat menghindari segala sesuatu yang berpotensi membuat Anda melakukan hal-hal yang dapat disesali kemudian, termasuk melakukan dosa. Anda dituntut untuk selalu menjaga perilaku selama sedang berpuasa.

2. Tarik nafas untuk menenangkan pikiran

Tarik nafas dalam selama beberapa kali untuk mengatur emosi, kemudian alihkan pikiran dengan membayangkan sesuatu yang menyenangkan agar boleh membuat emosi Anda teralih. Ingatlah akan niat dan tekad Anda berpuasa agar dapat mengendalikan diri dari hawa nafsu dan emosi.

3. Pandai mengatur waktu

Di bulan puasa, kesibukan kebanyakan wanita makin bertambah. Di samping mempersiapkan juadah sahur dan berbuka puasa untuk keluarga, mereka harus pula mula memikirkan persiapan di hari raya. Kegiatan yang padat ini boleh mencetuskan pergolakan emosi. Buatlah skala keutamaan apa yang harus dipersiapkan setiap hari, mingguan dan hingga hari 'lebaran' agar pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan tidak mengganggu emosi Anda.

4. Lakukan peregangan tubuh agar tidak cepat penat

Salah satu cara meregangkan otot adalah dengan regangan sendi dari kepala sampai ke kaki, agar arteri otak terbuka dan oksigen akan dapat lebih bebas memasuki otak melalui pembuluh darah. Peregangan otot dapat meningkatkan tenaga dan meningkatkan tumpuan ketika berpuasa.

5. Mendengarkan muzik/alunan ayat suci Al-Quran

Kebisingan dan emosi lingkungan sekitar seringkali dapat memengaruhi mood Anda juga. Berpuasa membuat Anda harus menahan emosi dan salah satu cara terbaik adalah dengan mendengarkan musik keagamaan, ayat suci Al Quran atau lagu kegemaran yang dapat menenangkan jiwa Anda.

6. Hindari pencetus masalah

Salah satu penyebab timbulnya emosi adalah prasangka buruk terhadap orang lain. Oleh karenanya ubahlah cara Anda berfikir agar sentiasa berpikir positif kepada siapapun termasuk kepada orang yang sering menjadi pencetus  negatif emosi di hati Anda.

7. Bersikap diam

Ketika beremosi dan marah, seseorang cenderung mengeluarkan kata-kata yang tidak terkawal. Oleh sebab itu, sebaiknya ubah cara Anda menghadapi kekesalan dengan bersikap diam, agar tidak mengeluarkan pertuturan yang tidak baik apalagi saat sedang berpuasa. Berdoalah kepada Tuhan untuk menenangkan fikiran.
                                                                             
Perlu diingat, emosi itu memenatkankan dan membuat badan menjadi kurang sihat. Jadi bersabarlah Ketika Anda sedang berpuasa. Sedarlah bahwa Anda bukan orang yang sempurna dan selalu minta hidayah dari Yang Maha Kuasa.

Dikuasakan oleh Blogger.