Header Ads

Suami Anda Cepat Marah,Jangan Terkejut Mereka Juga Ada Datang Bulan


Kebiasaannya lelaki ni kurang emosi dan lebih bersikap tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan. Tetapi perasan tak, ada masa-masa tertentu lelaki ni secara tiba-tiba jadi lebih sensitif,emosi, cepat marah-marah dan naik angin walaupun terhadap perkara-perkara yang kecil je. Kita wanita ni, mesti rasa pelik bila perkara macam ni berlaku kan.Tiba-tiba je dia nak emosi nak cari pasal je dengan kita, padahal isu remeh je.

Sebenarnya,dalam situasi ini lelaki sedang mengalami sindrom "datang bulan" namun tidaklah mengeluarkan darah ataupun mengalami sakit senggugut ketika period seperti wanita. Perubahan keadaan ini dipanggil Irritable Male Syndrome (IMS) yang disebabkan oleh hormon yang tidak stabil, sebagaimana yang sering wanita alami iaitu PMS.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh The telegraph di United Kingdom, lebih daripada separuh daripada penduduk lelaki mengalami keadaan ini. Begitu juga dengan maklum balas daripada pihak wanita, lebih daripada separuh wanita memaklumkan bahawa pasangan mereka akan bertindak seperti cepat marah ataupun cepat sedih dalam masa-masa tertentu.

Ketika berada dalam tempoh ini, lelaki akan kerap berasa lapar dan dia akan lebih cenderung untuk merisaukan tentang berat badan mereka. Sesetengah orang akan cepat berasa marah, ada yang cepat berasa lapar dan ada sesetengah mereka yang inginkan kasih sayang dariapda orang tercinta.

"Period" bagi lelaki ini mungkin kedengaran agak melucukan, namun, ia merupakan satu fenomena yang benar dan telah dikenalpasti oleh pakar-pakar perubatan di seluruh dunia.

Professor Peter Schlegel, seorang pakar perubatan di New York-Presbyterian dan Weill Cornell Medicine memberitahu bahawa kitaran hormon bagi wanita dapat dijangka setiap bulan. Namun, berbeza dengan lelaki, kestabilan hormon mereka tidak dapat dijangka dan boleh meningkat dan menurun pada bila-bila masa sahaja.

Antara punca IMS atau Irritable Male Syndrome ini ialah bila mereka stress. Selalunya dikaitkan dengan stress yang kronik. Masalah kewangan, perubahan hormon testeron dan masalah fizikal & spiritual.

Antara simptom mereka ialah:

1: Hypersensitive

2. Anxiety(Kerisauan)

3. Frustation(Kekecewaan)

4. Anger(Kemarahan) -ini adalah simptom yang sangat kerap berlaku, letusan emosi sebegini biasanya adalah tahap kritikal yang selalunya berakhir dengan pentengkaran.

Antara keadaan yang dilalui:

1. Merajuk

2. Melenting

3. Marah-marah

4. Pening

5. Keletihan

6. Berleter

Oleh itu, sekiranya perasan perubahan terhadap emosi suami anda yang cepat marah ataupun sedih, berikan mereka sedikit ruang kerana mereka mungkin sedang mengalami fenomena ini dan janganlah terlalu cepat menghukum mereka. Mereka sendiri juga mungkin tidak tahu tentang fenomena ini, berikan mereka sedikit ruang sehingga hormon mereka kembali stabil.

Stay cool dan relaks. Macamana bila orang perempuan kena PMS, selalunya banyak berehat. Selain itu, carilah coklat. Coklat dapat menaikkan hormon serotonin yang meredakan sindrom PMS. Sebab ia mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan.

Sumber rujukan :huffingtonpost
Dikuasakan oleh Blogger.