Header Ads

Pesawat MAS MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik selepas diugut lelaki yang cuba memasuki kokpit.


Satu penerbangan lewat malam terpaksa berpatah balik ke Lapangan terbang Melbourne sejurus selepas berlepas berikut insiden yang melibatkan "ancaman" daripada penumpang yang cuba untuk memasuki kokpit sambil membawa satu objek hitam yang tidak dikenalpasti, menurut polis tempatan dan syarikat penerbangan itu.

Seorang penumpang memberitahu bawaha lelaki yang bertindak seperti tidak keruan adn mengugut untuk "meletupkan" kapal terbang sebelum dia ditumbangkan ke lantai dan ditahan oleh penumpang lain di dalam penerbangan itu.

Penerbangan Malaysia Airlies itu telah disahkan selamat mendarat dan penumpang itu telah ditahan oleh pihak keselamatan lapangan terbang. Gambar yang penuh dramatik telah diambil oleh penumpang lain yang menunjukkan pihak keselamatan lengkap bersenjata mengawal ketat kapal terbang setelah ia kembali ke Melbourne.

Pernyataan daripada pihak penerbangan menyatakan MH128 yang meninggalkan Melbourne untuk ke Kuala Lumpur pada jam 11.11 malam waktu tempatan, telah berpatah balik "selepas kapten penerbangan diberitahu oleh krew penerbangan bahawa terdapat penumpang yang cuba untuk memasuki kokpit"

Dalam satu pos onile kawalan udara, satu suara lelaki kedengaran berkata "kami ada penummpang yang cuba untuk memasuki kokpit"

Selepas tiga minit, suara yang sama kedengaran berkata yang penumpang itu "mendakwa mempunyai  alat letupan, cuba untuk memasuki kokpit, telah ditangkap oleh penumpang lain".

"Walaubagaimanapun kami perlu untuk mendarat dan memeriksa alat itu", suara itu berkata lagi.
Pihak polis Victoria berkata dalam satu pernyataan bahawa lelaki itu telah mengancam keselamatan penumpang lain dan krew kabin sebelum dia ditangkap.

Seorang bekas pemain AFL Andrew Leoncelli duduk di kelas bisnes, selang beberapa kerusi dari kokpit semasa insiden itu berlaku. Dia menerangkan bahawa dia nampak seorang lelaki sedang membawa objek berbentuk silinder yang besar dan berwarna hitam, yang nampaknya mempunyai butang on/off dan port pengecas.
Encik Leoncelli mengatakan penumpang itu telah menjerit ke arah krew kabin dan berkata "saya perlu berjumpa dengan kapten" dan dia berjalan ke arah hadapan kapal terbang semasa kapal terbang sedang berlepas.

Penumpang itu dikatakan berkata ; "aku mempunyai bom dan akan meletupkan kapal terbang ini"
Krew kabin menjerit ke arah lelaki itu dan mengarahkannya untuk duduk, dan apabila dia enggan untuk duduk kabin krew itu meminta pertolongan dari krew lain.
En Leoncelli berkata kemudian dia telah pergi kearah penumpang itu dan cuba memujuknya, penumpang itu dikatakan nampak gelisah dan asyik mengulangi ugutannya.

Penumpang itu tiba-tiba hilang pertimbangan dan berlari ke arah belakang kapal terbang.
Kemudian dia telah ditumbangkan dan ditangkap oleh penumpang yang lain.
"Dua lelaki warga Australia dikatakan dapat menumbangkan dan menangkap lelakit itu, mereka lah hero, " menurut Leoncelli

Apabila kapal terbang mendarat, penumpang itu ditinggalkan di landasan kira-kira dalan 90 minit.
Kemudian, staf keselamatan yang lengkap bersenjata berat telah memasuki kapal terbang dan membawa keluar lelaki itu.

Datuk Seri Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia telah menyatakan dalam The Star, bahawa lelaki itu sebenarnya sedang mabuk dan objek yang dibawanya itu adalah sejenis "powerbank", bukannya alat letupan.

MH128 selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne pada jam 11.41 malam.

"Berikutan daripada inciden yang berlaku ini, penumpang tadi telah ditahan oleh pihak keselamatan lapangan terbang. Malaysia Airlines akan berkerjasama dengan pihak berkuasa Australia untuk menyiasat insiden ini," menurut pihak syarikat penerbangan.

Malaysia Airlines menegaskan bahawa tiada aktiviti rampasan kapal terbang yang berlaku.

Berdasarkan website Flight Radar, penerbangan ke lapangan terbang Melbourne telah dilencongkan selepas sahaja insiden ini.

Pihak Polis Victoria menyatakan bahawa tiada ancaman ke atas penumpang, kakitangan dan orang awam, dan siasatan sedang dijalankan".

Sumber: The Sydney Morning Herald
Dikuasakan oleh Blogger.