Header Ads

Perkongsian jimat untuk dapatkan tambang ERL dari RM 55 kepada RM 23.40 ke Klia


Kita dah sedia maklum bahawa tambang tren ERL untuk ke Klia dah dinaikkan harga dari RM35 kepada RM55, dari KL sentral ke KLIA/KLIA2. Satu kenaikan yang drastik lagi lagi bila dah dekat nak raya ni, makin banyak duit keluar walaupun pakai pengangkutan awam, lebih-lebih lagi untuk sahabat kita yang tinggal di Sabah/ Sarawak. Kalau nak pakai Uber atau Grabcar pon boleh juga, tapi terpaksa redah jem la pula.

Jadi Admin kongsikan macam mana anda boleh jadikan tambang tersebut lebih murah! Anda boleh jimat 50% dari bajet tambang anda, hanya lakukan 3 langkah bijak ini, jimat duit + jimat masa nak ke lapangan terbang. Jom kita lihat dibawah.

#1- First dari KL Sentral, beli dulu tiket KLIA Transit ke Putrajaya= RM14.00



#2- Dah sampai Putrajaya, beli tiket ke KLIA = RM9.40



Jadi RM 14.00 + RM9.40 = RM23.40 . Harga asal tadi RM 55, dari sini anda dah jimat RM31.60! Lebih separuh dah jimat!

#3 Tunggu Tren 15-20 Minit untuk Tren yang seterusnya.


Apapun, rancang awal perjalanan anda, dan anda boleh rujuk pada laman web ini https://www.kliaekspres.com/plan-buy/schedule/ untuk jadual Tren Ekspres. Selamat mencuba!

Dikuasakan oleh Blogger.