Header Ads

Micheal Ang menyeru agar tidak bandingkan bakat Neelofa, Fazura bersama Fattah

Michael Ang menyeru peminat drama tempatan agar tidak terus membandingkan bakat pelakon Neelofa dan Fazura bergandingan bersama Fattah Amin.
Pengarah itu berkata drama yang dilakonkan kedua-dua pelakon wanita itu berbeza, begitu juga Fattah yang tidak lagi memegang watak seorang juruterbang.
“Tidak adil untuk mengatakan mana satu yang lebih menyerlah sebab watak Neelofa dan Fazura dalam kedua-dua drama lain.
“Begitu juga dengan watak Fattah, sangat berbeza. Tetapi keserasian antara mereka saya lihat sama.
“Kedua-dua mereka mempunyai keserasian dan memberi apa yang dituntut dalam skrip,” kata Ang 
Pemilik syarikat produksi Cube Film ini diminta mengulas kedua-dua drama arahannya yang mendapat sambutan hangat penonton di kaca televisyen.
“Suri Hati Mr Pilot” lakonan Fattah dan Neelofa merupakan drama 16 episod yang diarahkan Ang bersama Hadith Omar.
Drama yang disiarkan Oktober tahun lalu ini turut menampilkan Alvin Chong, Nina Juren dan Aleza Shadan.
“Hero Seorang Cinderella” pula drama 24 episod yang sedang ditayangkan dari Isnin hingga Khamis10 malam di Astro Ria.
Gandingan mantap Fattah bersama Fazura, drama ini turut membariskan pelakon seperti Uqasha Senrose, Zizie Ezette dan Fikry Ibrahim.
Sumber: Malaymail
Dikuasakan oleh Blogger.