Header Ads

Menang Dalam Pertandingan di Kanada. Gadis Sabah Buktikan Pulut Kuning Bertaraf Antarabangsa.



Siapa kata masakan tradisional melayu ni low class? Tahukah kamu pulut kuning telah menang dalam satu pertandingan memasak antarabangsa di Ottawa, Kanada pada 3hb November 2016?

Siapa ye yang memasaknya?
Seorang chef muda dari Sabah, Siti Safura binti Tawil  atau Safura Tawil. Beliau telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia dan telah memenangi Embassy Chef Challenge Canada 2016.


Safura Tawil, 25 tahun merupakan seorang chef muda yang mendapat didikan diploma dan degree dalam bidang kulinari dan pernah mendapat latihan di Pullman amd Marriot hotel di Malaysia.
Beliau berkhidmat di Kedutaan Tinggi Malaysia di Ottawa, Kanada. Dalam pertandingan ini dia telah mengalahkan 10 lagi chef dari serata dunia, i.e. Belgium, Guetemala,Jamaica, Sepanyol. United Kingdom, Perancis, Honduras, Khazastan, Pakistan dan Trinidad & Tobago.


Apa yang dia telah masak sehingga memukau dan memikat hati juri?
Safura telah menyediakan hidangan tradisional Malaysia yang sangat autentik dan klasik..
1. Pulut Kuning bersama Rendang Daging dan Serunding
2. Otak-otak bersama Acar dan Sambal Udang
3. Sate Ayam bersama Kuah Kacang



Siapa juri profesional pertandingan ini agaknya?
Juri pertandingan adalah Mrs. Margaret Dickerson, seorang pakar makanan dan hiburan, Chef Tim Wasylko, chef kepada Perdana Menteri Kanada, dan Chef Marc Lepine, chef terkemuka di Kanada dan pemilik restoran ternama Atelier di Ottawa.

Tahniah buat Chef Safura Tawil..
Tahun 2017 ni siapa pula yang menang ye?




Dikuasakan oleh Blogger.