Header Ads

Ketahui 7 Waktu Paling Penting dalam Hidup seorang Wanita.


Apabila seorang kanak-kanak perempuan lahir ke dunia, dia telah menjadi antara orang penting bagi ibubapanya. Apabila dia membesar, ibubapanya akan membesarkan dia dengan sebaik mungkin dan cuba memenuhi keperluan material,  serta ketenangan minda bagi membantu kanak-kanak itu membesar menjadi seorang wanita yang bertanggungjawab.  Sebagai balasan daripada kasih sayang dan jagaan ibubapanya, terdapat tujuh momen dalam hidupnya yang akan membuatkan ibubapanya bangga. Mari kita lihat apakah tujuh momen itu, yang telah merubah hidup gadis secara drastik dalam hidupnya.


1. Saat kebanggaan apabila mendapat sesuatu kejayaan
Setiap gadis mengimpikan dapat melihat sinar cahaya rasa hormat di mata bapanya dan senyuman besar di muka ibunya, yang mana ia  merupakan satu kepuasan.
Seorang gadis selalunya akan memberi hadiah kepada ibubapanya apabila berjaya mendapat medal di universiti atay berjaya memasak masakan yang sedap untuk ibubapanya.
Hadiah itu sudah cukup membuatkan ibubapanya seperti di awangan.


2. Saat Percintaan
Seorang gadis sudah pasti mengimpikan putera impian, yang mempunyai ciri-ciri seperti bapanya. Seorang lelaki yang mempunyai kualiti dan personaliti seperti bapanya kan berada di tempat pertama dalam senarainya. Di saat dia menjumpai putera impian dan dia memperkenalkannya kepada ibubapanya, saat itu lah paling WOW dalam hidupnya. Dia  mula mengimpikan untuk hidup dalam dunia yang dinantikan selama ni.


3. Saat Menerima Lamaran
Seorang gadis yang telah membesar menjadi seorang wanita dan telah di lamar oleh lelaki impiannya, ini dikatakan saat paling beruntung.  Saat lelaki itu memohon daripada ibubapanya untuk menjadikan wanita itu sebagai isterinya, adalah saat paling menggembirakan wanita itu.


4. Saat Memperoleh Kejayaan Dalam Kerjaya.
Ibubapa dan gadis itu telah sama-sama bekerja keras untuk mendapatkan pendidikan terbaik. Sudah tentulah ia saat paling membanggakan ibubapa apabila  melihat anak perempuannya mampu hidup berdikari. Dia berjaya berkerja keras untuk mencapai matlamat dalam kerjaya malah berjaya mencapainya, keadaam ini pastilah meningkatkan keyakinan ibubapa kepadanya.


5. Saat yang di luangkan bersama-sama.
Yang dimaksudkan disini adalah hari-hari sebelum perkahwinan. Apabila akad nikah telah disahkan maka semua tanggungjawab ibu bapa telah diambil alih oleh suami dalam menjaga gadis tadi. Ibubapa pasti berharap anaknya itu akan hidup dengan selesa dan gembira di samping suaminya.


6. Saat dia mula menjadi ibu
Tempoh 9 bulan yang dilalui dalam hidupnya merupakan saat paling diingati dalam hidupnya. Dia telah mendapat kehidupan yang kedua setelah melahirkan bayinya.  Siapa agaknya yang paling gembira di saat ini? Sudah pastilah semua orang terutamanya dari sebelah anak perempuan. Si gadis akan semakin matang menjadi wanita dan ibu yang penyayang yang akan menjaga anak nya dan melindungi dari segala anasir luar di dunia ini.


7. Saat yang diluangkan bersama anaknya.
Ia adalah saat yang bahagia apabila dapat melihat anak membesar, dapat merangkak, memanggil "ma" untuk pertama kalinya, dapat berjalan dan macam-macam lagi. Dia akan ralit dalam membesarkan anaknya dengan apa cara sekalipun. Inilah saat membanggakan ibubapa apabila dapat melihat anak perempuannya menjadi ibu yang bertanggungjawab. Pasti ibubapanya akan teringat saat-saat silam mereka membesarkan anak perempuan mereka itu .

Dikuasakan oleh Blogger.