Header Ads

Kenapa Wanita Pendek Menjadi Pilihan Lelaki, Ini 7 Sebab Kenapa Wanita Pendek Jadi Pilihan


Siapa kata perempuan rendah tak menarik? Sebenarnya ramai lelaki kat luar sana tu suka perempuan yang rendah ini, atau boleh dikatakan kecil dan comel.
Wanita tinggi lampai persis model antarabangsa mungkin menjadi idaman kebanyakan lelaki. Namun, ramai tidak tahu bahawa wanita kecil molek juga sememangnya ada tarikan mereka yang tersendiri.

Dipilih oleh ramai lelaki

Seorang lelaki akan memilih lelaki yang lebih pendek darinya daripada lelaki yang lebih tinggi daripada lelaki tersebut ketika mencari seorang kekasih. Hal ini disebabkan kerana lelaki menganggap gadis yang tinggi lebih berkemungkinan mengancam dirinya. Maksudnya, peratusan peluang untuk gadis pendek mendapatkan seorang kekasih menjadi lebih besar jika dibandingkan dengan gadis yang bertubuh tinggi.

Pendek itu comel

Lelaki mana yang tidak suka dengan gadis comel bukan? Hampir semua lelaki pasti menyukai gadis yang comel. Alasannya adalah kerana gadis kelihatan lebih comel, sedangkan istilah comel sendiri sesuai dengan seseorang yang bertubuh pendek dan kecil.

Kelihatan lebih muda

Percaya atau tidak, orang yang pendek akan kelihatan beberapa tahun lebih muda daripada usia asalnya, begitupun pula sebaliknya, lelaki yang tinggi akan kelihatan lebih tua daripada umur sebenarnya. Tentunya, anda lebih senang dengan keadaan tubuh pendek namun kelihatan lebih muda daripada bertubuh tinggi tetapi kelihatan lebih tua bukan?

Sedap dipeluk

Salah satu penyebab lelaki anti bercinta dengan gadis yang tinggi adalah kerana tidak sedap ketika dipeluk. Boleh dibayangkan bukan apabila sepasang kekasih saling berpelukan namun wajah teman lelakinya harus mendongak ke atas ketika bersama dengan kekasihnya yang lebih tinggi. Semua perkara itu tidak akan terjadi jika bercinta dengan lelaki pendek.

Seolah perlu perlindungan

Seorang lelaki rasa bangga dan yakin diri ketika mampu melindungi orang yang dicintainya. Secara naluri, keperluan psikologi untuk melindungi ini boleh dilakukan dengan gadis yang pendek. Gadis pendek di mata lelaki seolah memerlukan perlindungan, kasih sayang dan perhatian. Lain halnya dengan gadis tinggi, mereka nampak lebih berdikari dan tidak memerlukan peranan lelaki.

Tidak akan memutuskan hubungan

Lelaki menganggap gadis yang tinggi mempunyai tahap kepercayaan diri yang tinggi sehingga boleh melakukan perkara bersifat angkuh seperti memutuskan hubungan secara sendiri atau hal-hal yang lain. Oleh sebab itu, lelaki akan rasa lebih selesa apabila bersama dengan gadis yang lebih pendek darinya kerana mereka menganggap gadis pendek lebih memahami.


Pendek itu ideal

Entah apa alasannya, sehingga kini ramai gadis pendek rasa kurang keyakinan diri. Sebenarnya sudah tiada lagi alasan untuk berfikiran sebegitu. Bukankah fitrahnya memang idealnya seorang gadis seharusnya lebih pendek daripada lelaki? Baik gemuk pendek atau kecil pendek, selama lelaki tidak segan bersama anda, mereka akan sentiasa kelihatan menawan di mata lelaki.


Walau apa pun kelebihan orang pendek, genit, besar mahupun tinggi, kita seharusnya berasa bangga dengan anugerah Tuhan yang telah kurniakan.
Semua ciri ini adalah sebahgian daripada diri kita dan pandanglah ia dari sudut yang positif. Maka,tak perlulah rasa rendah diri atau malu.

Tak mungkin orang lain dapat menghargainya jika kita sendiri tidak berasa selesa terhadapnya.
Dikuasakan oleh Blogger.