Header Ads

Kedai makan ini menggunakan pelayan yang nyanyok, lihat apa makanan yang pelanggan dapat



Salah satu perkara yang paling mengecewakan yang boleh berlaku apabila makan diuar, kita order apa yang kita mahu, tetapi kita terima hidangan yang lain.

Yang peliknya, sebuah restoran ini menawarkan "kesilapan order" kepada para pelanggan mereka. Restoran ini berada di Toyosu, Tokyo dan misinya adalah untuk mengambil pekerja yang menghidapi penyakit Dementia (pelupa/ nyanyok).


Premis restoran ini masih lagi dalam tempoh percubaan dari tarikh 2 Jun- 4 Jun 2017. Kakitangan yang diambil bekerja itu mempunyai masalah dementia yang akan mengambil pesanan yang salah dari para pelanggan.

Tujuan mereka mengambil pekerja dementia ini adalah kerana mereka mahu mencipta persefahaman antara pesakit dementia dan masyarakat di luar sana.

Seorang blogger makanan bernama Mizuho Kudo telah pergi ke kedai makan ini. Beliau memilih untuk order "burger", tetapi beliau mendapati bukan burger yang dapat, beliau dapat "ladu gyoza"."Bukan saja makanan yang dibawa oleh pelayan itu salah, malah makanan yang dibawa itu juga tidak sedap sama sekali" katanya.



Tetapi cara mereka melayan Kudo sangat baik dan penuh dengan senyuman seolah-olah mereka seronok bekerja di "The Restaurant Of Order Mistakes" ini.

Kini, selepas tamat tempoh percubaan, salah satu program lagi bakal dilakukan oleh Tokyo Maggie untuk satu program pada bulan September untuk memperingati pesakit Alzheimer Sedunia pada 21 September 2017 nanti.










Dikuasakan oleh Blogger.