Header Ads

Jadilah Orang Yang Paling Digemari Di Dunia Dengan 9 Trik Psikologi Yang Mudah Ini.



Jeff Haden, seorang yang sangat berpengaruh dan popular di Linkedln dan penulis lebih dari 30 buah buku perniagaan dan komunikasi, menjelaskan bagaimana seseorang itu dengan mudahnya boleh memenangi kepercayaan semua orang sekitarnya dan mencipta imej yang positif.


1. Mereka tidak takut gagal
Orang yang berkarisma tidak cuba untuk memenangi semua perkara. Sebaliknya mereka berniat untuk memberi lebih tanpa mengharapkan balasan. Tidak sukar bagi mereka untuk mengakui kesilapan mereka, kegagalan mereka atau bercakap mengenai kelemahan pmereka. Dan bukan semua orang akan melakukannya. Mereka boleh dengan terbuka berkata , "saya cemburu dengan kamu", atau "saya tak boleh buat, tolong ajar saya" kerana mereka tahu orang sekeliling menghargai kejujuran dan emosi sebenar.


2. Mereka menunjukkan betapa ikhlasnya mereka bertemu dengan kamu.
Mengekalkan hubungan mata adalah sangat penting dalam perbualan, dan orang berkarisma  tahu mengenai ini. Mereka tersenyum apabila kamu tersenyum. Mereka mengangguk apabila kamu mengangguk. Mereka cuma tidak akan mengulang semua perkara yang kamu lakukan. Cuma mereka sedang fokus pada apa yang kamu katakan dan mendengar apa yang kamu katakan, memberi tumpuan atas setiap kata-kata kamu.
Tindak balas seperti itu yang membantu kamu mencari persamaan dengan semua orang dan mendapatkan kepercayaan teman perbualanan.


3. Mereka mencari Kefahaman yang sama.
Sesetengah orang secara tidak sedar mencar perkara dan pendapat yang berbeza, yang boleh membawa kepada pergaduhan.  Orang yang berkarisma selalu mencari kefahan yang sama dengan semua orang. Jadi cuba cari persamaan antara orang sekitar dan teman perbualan kamu. Ia membantu untuk permulaan perbualan ke arah emosi yang positif.


4. Mereka menggunakan kuasa sentuhan
Sentuhan adalah alat berkuasa untuk membantu orang memahami emosi dengan lebih baik. Dalam satu eksperimen,   saintis telah mencuba mendapatkan ekpresi 12 emosi dengan menyentuh teman perbualan tanpa perkataan. Hasilnya, 50-83% telah menunjukkan ekspressi emosi yang betul.
Oleh itu, apabila kamu menyampaikan ucapan tahniah kepada seseorang, cuba fikir macam mana cara yang terbaik untuk lakukannya.
Untuk berjabat tangan atau menepuk bahu seseorang - bergantung kepada situasi. Ini akan membantu membuktikan keikhlasan kamu melalui perkataan , ekspress melalui emosi yang betul, dan mendapatkan kepercayaan daripada teman perbualan.


5. Mereka sangat bagus dalam menyampaikan ekspresi muka dan bahasa badan.
Orang yang disenangi selalunya menyampaikan emosi mereka dengan sangat baik dan tepat. Mereka akan menukar cerita yang paling membosankan menjadi perbualan yang sangat memikat hati. Dengan menggunakan bahasa bada dan membuat mimik muka (apabila bersesuaian), mereka menyampaikan mood mereka melalui cerita. Ini yang membantu menambat minat teman perbualan dengan cerita mereka.


6. Mereka tidak takut kelihatan bodoh.
Orang yang berkarisma tidak takut untuk lakukan sesuatu walau kelihatan janggal.  Sebab itulah ramai orang hormatkan mereka.  Apabila kamu bersedia untuk menunjukkan kelemahan kamu dan tidak takut untuk kelihatan bodoh, orang ramai tidak akan ketawakan kamu. Mereka ketawa bersama-sama kamu. Kerana mereka semua faham bahawa ia tidak apa untuk tidak tahu melakukan sesuatu.


7. Mereka sangat bagus dalam bertanya soalan.
Orang yang digemari ramai akan dengan mudah membuat kamu bercakap mengenai diri kamu. Mereka tidak teragak-agak untuk bertanya soalan dan juga bercakap mengenai diri mereka. Orang seperti ini akan dengan ikhlas ingin tahu apa yang kamu fikirkan, dan inilah yang menjadikan mereka sangat dipercayai.
Sebaik sahaja kamu mendapat tahu sesuatu mengenai seseorang, tanya mereka soalan mengenai perkara itu dan beritahu mereka perkara yang sama mengenai kamu.  Ini akan menunjukkan kamu mempunyai persamaan yang boleh menjadi topik perbualan yang menarik.


8. Mereka sentiasa dapat mengingat nama.
Orang yang berkarisma sentiasa dapat mengingati dengan betul nama-nama dan perkara-perkara kecil.  Yang pastinya seseorang menyebut nama kamu padahal kamu hanya mengenali dia untuk sekejap sahaja, atau berjumpa sekali sahaja, dan kamu berasa sangat penting dalam perbualan itu.
Panggil orang itu dengan nama, dan ingat nama kawan-kawannya, sahabat atau haiwan peliharaan. Orang itu akan berfikir positif tentang anda.


9. Mereka banyak mendengar dan kurang bercakap.
Kebanyakan orang tidak boleh mendengar langsung. Semua orang mahu berkongsi cerita masing-msing. Dan ia merupakan perasaan yang baik sekiranya anda bercerita mengenai satu cerita dan dengan berhati-hati kamu mendengar , dan memberi reaksi yang beremosi kepada kata-kata kamu. Orang yang menjadi kegemaran ramai ini, selalunya mendengar, dan mereka lebih suka mendengar daripada bercakap. Ini yang membatu mereka belajar sesuatu yang menarik mengenai orang lain dan mencari persamaan.

Dikuasakan oleh Blogger.