Header Ads

Ingin Memikat Teruna Impian?Ini 11 perkara Yang Perlu Anda Tahu Selain Paras Rupa


Wanita mendambakan lelaki yang sempurna untuk habiskan hidup bersama.
Lelaki juga begitu. Namun, dalam fikiran wanita, rupa paras adalah segala-galanya untuk memikat hati lelaki.

Tidak! Rupa paras yang cantik bukanlah sesuatu yang paling utama untuk mendapatkan kebahagiaan dalam sebuah perhubungan.

Banyak lagi perkara penting yang wanita harus ketahui jika ingin menjadi yang terbaik untuk pasangan anda.

1.PENDENGAR YANG BAIK

Lelaki sangat menghargai wanita yang sentiasa mendengar apa yang mereka luahkan. Bagi mereka cukup sekadar kita menjadi pendengar yang baik dengan hanya duduk dan mendengar mengenai apa yang mereka ucapkan. Dari situ, mereka akan merasakan bahawa diri mereka dihargai walaupun anda hanya mendengar sahaja. Tapi bukan sekadar mendengar, fahami juga ucapan mereka.

2.BERSAHAJA

Siakp bersahaja adalah perkara utama yang lelaki inginkan pada pasangan mereka. Jangan pulak kita nak cover cun masa makan sampai tak boleh makan macam biasa. Kalau kita suka buat kerja gila, jangan pulak nak cover-cover depan pasangan kita. Tunjukkan apa sahaja baik buruk mengenai diri anda. Tiada manusia yang sempurna.

3.PEMANDU YANG BAIK

Jangan terkejut jika lelaki sangat sukakan wanita yang boleh memandu dengan baik. Bagi mereka perkara tersebut agak rare untuk golongan wanita. Agak pelik, tapi sekarang untuk melihat wanita yang sangat baik dalam pemanduan bukan la susah, memandu menggunakan sebelah tangan tidak bererti anda seorang pemandu yang baik.

4.BERSYUKUR DENGAN KEHIDUPAN

Wanita yang gembira dengan hidup mereka, dilihat menarik di mata lelaki. Jadi apa kata, anda bersyukur dengan apa yang anda ada, agar diri sentiasa gembira. Haruslah bersikap positif. Memiliki paras rupa yang cantik dan kerjaya yang bagus, bukan penentu untuk miliki kehidupan bahgia.

5.PANDAI MEMASAK

Sangat sesuai dengan kata orang tua-tua, untuk memikat hati pasangan kita, adalah melalui perutnya. Hurm.. memang betul. lelaki sangat sukakan wanita yang pandai memasak dan sanggup meluangkan masa memasak untuk mereka. Sekarang zaman dah canggih, boleh belajar dekat YouTube je.. Mudah je kan.

6.BOLEH BERKOMPROMI

Setiap lelaki akan merasa lega sekiranya pasangan mereka boleh bertolak ansur dan bersama-sama untuk mencari penyelesaian jika sesuatu terjadi dalam perhubungan mereka.
Walaupun lelaki sering di label mata keranjang dan gatal, mereka juga bersetuju bahawa sikap juga memainkan peranan penting dalam perhubungan.

7.PENYAYANG

Lelaki sangat ingin tahu sama ada anda sayangkan dirinya atau tidak. Bukan wanita sahaja begitu. Gunakan nama panggilan manja untuk tunjukkan rasa kasih anda kepada pasangan anda. Sekali-sekala beri kejutan pada mereka. Mudah sahaja untuk menghargai pasangan anda.

8.KELAKAR

Bukan hanya wanita, lelaki juga sukakan wanita yang mampu memberi gelak tawa dalam perhubungan. Mereka lebih menyenangi wanita yang mempunyai sifat mencuit hati yang akan memberikan kemanisan. Siapa yang inginkan pasangan yang sentiasa serius sepanjang masa?

9.PANDAI MENJAGA DIRI

Percaya atau tidak, lelaki sebenarnya suka sekiranya anda menghabiskan duit untuk membeli barangan kecantikan. Bagi mereka, itu menandakan anda seorang yang pandai menjaga diri anda sama ada dari segi penjagaan kulit ataupun kesihatan. Sakiranya anda mampu menjaga diri sendiri, pasti anda mampu menjaga pasangan anda.

10.TANPA MEKAP

Lelaki sangat sukakan wanita yang cantik. Tapi tidak bermakna anda perlu memakai mekap setiap masa. Adakalanya, lelaki juga inginkan pasangan mereka bebas tanpa mekap apabila perlu. Contohnya ketika ke pantai. Lelaki inginkan pasangan mereka yakin dengan diri mereka sendiri.

11.SIFAT KEIBUAN

Ini adalah perkara utama yang lelaki inginkan dalam setiap pasangan mereka. Mereka inginkan wanita yang akan menjaga mereka. Mereka sangat sukakan wanita yang memiliki sifat keibuan untuk menjaga anak-anak di masa kelak.
Dikuasakan oleh Blogger.