Header Ads

Ibu dianugerahkan 100,000 Usd selepas membesarkan "salah anak" selama 27 tahun




Kalau dalam filem kes tertukar bayi sangat biasa kita lihat, tetapi sekiranya ia di dunia realiti tentu ia sangat menyedihkan. betul ?

Doris Gruenwald yang dilahirkan pada tahun 1990 di Hospital Universiti Graz, Austria. Walau bagaimanapun, semasa dia berumur 22 tahun, ujian darah yang dilakukan dihospital mendedahkan bahawa dia tidak ada kaitan biologikal dengan ibu bapa beliau.

Ketika itu, dia dalam keadaan yang sangat terkejut selepas mengetahui perkara tersebut. Ujian darah itu dilakukan sebanyak 3 kali dan hasilnya tetap sama. Di daily mail beliau berkata: " Seluruh badan saya bergetar dan kaki saya ketika itu seperti tidak pijak tanah kerana ketakutan".



Evelin Gruenwald, bukan ibu sebenarnya bawa perkara ini ke mahkamah dan memberitahu tentang perkara yang terjadi di Hospital Universiti Graz. Mahkamah memutuskan atas dasar "kecuaian hospital" dan Evelin dianugerahkan 100,000 Usd untuk kos ganti rugi bagi Doris, Evelin dan suaminya.

Sehingga kini ibu bapa biologi Doris, masih tidak diketahui dan pada masa yang sama mangsa masih tidak dapat menerima hakikat bahawa dia telah dibesarkan oleh orang yang bukan dari ibu bapanya yang sebenar.

Atas kecuaian hospital itu, mereka telah melancarkan program ujian DNA percuma kepada lebih 200 wanita yang lahir pada masa yang sama dengan Doris. Malangnya, hanya 30 wanita sahaja mengambil kesempatan dari ujian percuma itu dan tidak ada seorang pon dapat dipadankkan dengan Evelin.

Hati Evelin hancur selepas peristiwa itu dan dia mengakui bahawa walaupun Doris bukan anak sebenar, dia adalah perkara yang terbaik yang pernah berlaku pada dirinya

Beliau berkata:" Walaupun ini adalah satu kesilapan, tapi saya tahu tiada apa yang boleh pisahkan kami dengan doris. Saya tetap akan menjaganya seperti anak saya sendiri".



Dikuasakan oleh Blogger.