Header Ads

Hoki Malaysia Layak ke Piala Dunia 2018!!



Malaysia adalah pasukan ke 3 dari 16 pasukan layak ke Piala Dunia 2018. What an achievement!

Dua lagi yang dah layak ialah India selalu tuan rumah dan Argentina selepas kalahkan Pakistan sebelum perlawanan Malaysia tadi. 2 lagi pasukan yang akan layak adalah dari perlawanan Holland vs China dan England vs Canada hari ini. Sementara itu, semua pasukan (4) yang tewas dlm perlawanan suku akhir akan bersaing untuk layak ke perlawanan penentuan tempat ke-5 bagi mencari pasukan ke-5 untuk ke Piala Dunia.

Selepas perlawanan di London ini, 10 lagi pasukan terbaik dunia akan bersaing di Johannesburg bulan depan bagi mencari 5 lagi pasukan ke Piala Dunia ikut format yang sama di London.


Andainya Pakistan gagal dapat tempat ke 5 nanti, Pakistan masih ada peluang untuk ke Piala Dunia di India melalui kejohanan Piala Asia dari 30 Sept - 8 Oct 2017. Malaysia juga akan bermain. Andai China juga gagal layak ke Liala Dunia hari ini nanti, maka Malaysia akan secara simboliknya menjadi pasukan yang paling digeruni di Asia Cup nanti. Korea juga masih boleh layak ke Piala Dunia walau gagal ke suku akhir di London tapi hanya dengan menjadi juara Asia Cup nanti. China juga masih boleh. Kecuali Malaysia, semua gergasi hoki Asia perlu berebut hanya 1 lagi slot ke Piala Dunia. Jepun satu2nya pasukan Asia yang akan bermain di satu lagi Semi Final League di Johannesburg.




Setakat ini, India dan Pakistan adalah antara pasukan 10 ranking teratas FIH yang gagal tembus semi final League ini dan gagal ke World Cup tapi India mmg layak sbb host nation. Nasib baik. Andai Pakistan gagal dpt tempat ke 5 dan gagal juga Piala Asia, masih ada peluang jika Malaysia atau India yang dah mmg layak tapi muncul pula sbg juara Asia nanti.  Rekod mereka di World Hockey League ini akan diambil kira untuk jadi pasukan pengganti. Tapi kena bersaing dgn rekod pasukan di Johannesburg.


Australia, German, Spain dan New Zealand dijangkakan team yang akan layak dari group di Johannesburg. Manakala Belgium dan Jepun bakal bersaing utk pasukan ke 5. Di London, Pakistan dan India dijangka bersaing utk tempat ke 5. Jika India menang, Pakistan akan menunggu sbg best available candidate ke World Cup.

Dah pening? Tu belum saya cerita tentang Final World Hockey League Disember ini pulak. 8 team akan bermain. India sekali lagi dah layak ke final sebagai tuan rumah dan 7 lagi akan dipilih dari 2 semifinals ini. Malaysia salah satu calon ke final tapi belum layak walau dah ke Semi final League 4 team yang ke final di London dan Johannesburg pasti akan layak dan 3 lagi akan dipilih dikalangan 4 semifinalists yang kalah.



sumber: FB Zack Rahim
Dikuasakan oleh Blogger.