Header Ads

Dipaksa bayar dengan harga yang tinggi, walhal belum membelinya lagi


Membeli barang secara online telah biasa digunakan menerusi website atau mana-mana page di social media.

Tetapi kali ini, kesnya agak berbeza kerana sistem yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini dengan memeras ugut ratusan mangsa di negara ini.

Cara yang mereka gunakan adalah dengan "menghantar bungkusan dan paksa bayar". Ini antara taktik digunakan sindiket penipuan yang beroperasi di luar negara.

Difahamkan, sindiket menyasarkan individu yang gemar membuat pembelian dalam talian sebagai mangsa kegiatan perniagaan.

Sindiket yang bergerak melalui portal khas itu menawarkan produk kecantikan dengan meminta maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon dan alamat kediaman pelayar web.

Bagaimanapun, sebaik mangsa memasukkan maklumat itu, sindiket menganggap ia satu tempahan dan menghantar bungkusan mengandungi 50 masker muka dan produk kecantikan bersama bil yang bernilai RM200 hingga RM500.

Mangsa diarahkan membayar sejumlah wang menerusi pembayaran kad kredit atau Pay Pal.

Dikuasakan oleh Blogger.