Header Ads

Darci Lynne: Gadis Amerika 12 Tahun Menyanyi Ventriloquist Berjaya Mendapat Tepukan Gemuruh Dan Buzzer Emas


Menambat hati dan mengagumkan juri dalam America's Got Talent bukanlah satu kerja yang mudah.
Namun seorang kanak-kanak perempuan Darci Lynne berjaya melakukannya hanya dengan persembahan berdurasi 1 minit 30 saat.
Darci Lynne yang berumur 12 tahun melangkah ke pentas dengan yakin dan senyuman menambat hati semua orang.
Darci yang berasal dari Bandar Oklahoma, membawa bersamanya satu patung arnab berwarna pink dan dengan telinga besar berbulu, yang digelarnya Petunia.
Dia mampu membuat penonton terpegun sebaik sahaja dia membuat persembahan nyanyian tanpa membuka mulutnya.
Bagaimana dia melakukannya? Ini kerana Darci adalah seorang ventriloquist, Petunia adalah patungnya, dan Darci mampu membuatkan Petunia menyanyikan lagu "Summertime" dari Porgy dan Bess tanpa membuka mulutnya.

Persembahannya sangat menarik sehingga Mel B memberinya Buzzer Emas, yang mana secara automatiknya akan membawa Darci dan Petunia ke Persembahan secara langsung.
Semua juri berdiri dan memberi tepukan gemuruh kepadanya. Ini menyebabkan Darci terharu dan menangis di pentas.
Dia mungkin mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang ini.


Jom tonton sendiri persembahan kanak-kanak ini.

Dikuasakan oleh Blogger.