Header Ads

Buku panduan masak dari IKEA ini membantu anda masak dari zero ke hero


Ikea mempunyai satu misi untuk membantu penggunanya buat sesuatu secara sederhana dan mudah difahami. Yang terbaru mereka akan mengajar anda cara untuk menyediakan makanan pada bila bila masa saja dengan mudah.

Cara ini bukan sahaja untuk mereka yang pandai masak malah untuk orang yang tidak pandai masak seperti kebanyakkan lelaki juga boleh jadi pandai dengan cara seperti ini.

Langkah yang perlu dilakukan adalah hanya ikut jenis-jenis makanan yang telah dilukis dan nama-nama bahan pada kertas ini, Jangan risau kertas ini selamat digunakan untuk memasak.

Satu set resepi bergambar yang mudah ini menampilkan bahan yang diperlukan dan setiap dari ruang kosong tersebut haruslah diisi dengan bahan-bahan yang telah ditetapkan. Mudah kan?

Semuanya telah dicetak diatas kertas "food-safe ink". Jadi apabila semua ruang kosong dah dipenuhi dengan bahan-bahannya, ia telah siap sedia untuk dimasak ke dalam oven.

Untuk beri anda gambaran lebih jelas, jom lihat gambar dibawah cara bagaimana untuk melakukannya.

#1- Cara masak Swedish Meatball


 #2- Isikan bahan-bahan yang diperlukan

 #3- Isikan bahan kedalam petak yang telah disediakan

 #4- Apabila sudah penuh diisi.

 #5- Gulung kertas tersebut sekali dengan bahan-bahan tadi

 #6- Boleh masak ke dalam oven

 #7- Bila sudah siap, Swedish Meatball anda sudah siap untuk dimakan

Dan bukan itu sahaja, pelbagai jenis resepi yang anda boleh buat dengan adanya bantuan panduan dari Ikea ini, sebagai tatapan anda, admin kongsikan juga satu video yang berdurasi 2 minit ini untuk buat anda lebih jelas lagi.


* Buku resepi yang dibuat oleh Ikea ini telah diedarkan di Canada. Mungkin sikit masa lagi kita boleh lihat buku ini di Malaysia. Tunggu!!

-Lim-








Dikuasakan oleh Blogger.