Header Ads

Anak Anda Degil? Ini Tips Dalam Mendidik Anak Agar Lebih Berdikari, Jujur Dan Bersifat Positif.



Dalam kehidupan berkeluarga, setiap Orang tua tentu mengharapkan anak-anaknya dapat membesar menjadi anak-anak yang baik, dapat dibanggakan dan mempunyai  karektor atau sifat-sifat yang positif dalam setiap hal.
Kebanyakan orang tua akan melakukan segalanya demi membahgiakan anak-anak mereka dengan memberikan segala yang mereka inginkan, namun ternyata hal ini tidak selalu baik dalam proses mendidik anak.
Kebanyakan anak-anak yang dibiasakan hidup dengan kesenangan dan tidak pernah mengalami kesulitan dalam hidupnya cenderung menjadi anak manja dan tidak dapat berdikari. sebagai orang tua, kita perlu berhati-hati dalam mendidik anak waktu mereka sedang membesar, kerana didikan kita boleh mempengaruhi kehidupan anak pada masa akan depan.
Berikut adalah tips bagaimana mendidik anak dengan baik agar tidak manja, keras kepala dan dapat berdikari.

1. Jangan menuruti semua keinginan anak
Walaupun anda sangat menyayangi anak anda, menuruti semua keinginannya bukanlah cara mendidik anak dengan benar dan baik. Tindakan tersebut hanya akan membuatkan anak anda menjadi anak yang manja dan selalu mengharapkan orang lain. Jika sejak kecil sudah dimanjakan dengan mengikut semua kehendaknya, kelak di masa hadapan anak akan menjadi anak yang tidak berdikari dan malas kerana mereka menganggap ada orang tua yang akan memberikan semua yang diinginkannya. Biasakanlah anak anda anda untuk mengerjakan tugas mereka sendiri agar mereka dapat belajar bertanggungjawab untuk diri mereka sendiri.

2. Jangan terlalu banyak melarang
Rasa ingin tahu anak terhadap dunianya sering kali membuatkan mereka ingin mencuba melakukannya. Kebimbangan orang tua adalah jika hal-hal buruk berlaku. Disebabkan itu orang tua melarang atau membataskan terhadap suatu hal yang boleh membahayakan anak. Larangan hanya akan membuatkan anak lebih ingin melakukan dan boleh membuatkan anak sanggup berbohong kepada orang tuanya. Komunikasi dua arah adalah jalan terbaik, beritahu mereka tentang risiko yang mungkin terjadi dan mintlah anak anda untuk berhati-hati.

3. Ajar anak supaya tidak berbohong
Jangan sesekali memberikan contoh pada anak anda untuk berbohong. Ajar mereka untuk selalu terbuka tentang keadaanya dalam segala hal. Jangan membiasakan anak anda tertutup tentang perasaan mereka terhadap anda. Dengan cara ini anda sudah mendidik anak anda untuk berlaku jujur dalam kehidupannya.

4. Jangan menghukum dengan kekerasan fizikal
Kerap kali anda sebagai orang tua  merasa marah atau kesal terhadap kelakuan tidak baik anak anda dan cara mengatasinya dengan hukuman fizikal. Salah satu contoh hukuman fizikal kerap dilakukan adalah dengan memukulnya, sama ada menggunakan tangan atau kaki atau benda-benda lain yang dapat anda gunakan untuk memukul anak anda. Hal tersebut sama sekali tidak dibenarkan. Jika anda memiliki anak kecil dan ketika melakukan kesalahan, anda hendaklah membertahu secara baik dengan bahasa yang mudah mereka fahami tanpa memukul, jika anda memiliki anak diusia remaja atau sudah memahami keadaan, terapkanlah sistem displin terhadap mereka. Kekerasan fizikal hanya akan membuatkan jiwa anak anda terluka.
Dan itu akan memberi kesan negatif pada pertumbuhan rohani dan jasmani. Hukuman fizikal dalam bentuk apa pun hanya akan membuatkan anak takut dan membuatkan anak semakin tidak menghormati anda, menjadi keras kepala dan memberontak kepada anda.


5. Kasih dan perhatian
Seorang anak akan merasa tenteram dan bahagia apabila orang tua mereka munzahirkan kasih dan perhatian pada saat anak memang dahagakan hal itu. Perhatian orang tua dalam sekecil apapun hal boleh membantu orang tua dalam mendidik anak. Perhatian bukan bermakna berbicara tentang bagaimana anda sebagai orang tua boleh menunaikan bahan atau barang-barang kesukaan anak, contoh yang dapat anda lakukan adalah ketika anak anda belajar, ketika itulah anda boleh menunjukkan perhatian dan kasih sayang anda dengan cara menemani mereka, walaupun hanya sekadar duduk di sebelah mereka. Dengan cara demikian anak anda akan lebih bersemangat dalam belajar dan apabila ada permasaalahan, anda akan dapat membantu menyelesaikannya.

Anak adalah amanah, mereka seperti kain putih yang suci, andalah yang harus mencorakkan mereka dengan rasa penuh tanggungjawab yang mulia. Jadilah orang tua yang boleh dibanggakanoleh anak anda.
Didiklah anak anda dengan baik, kelak mereka akan memberikan imbuhan yang baik kepada anda dan keluarga.
Dikuasakan oleh Blogger.