Header Ads

7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri.


Sudah lebih dua minggu kita umat Islam menyambut Ramadhan Mubarak. Hari Raya sudah tidak lama lagi kan.
Mungkin minggu depan sudah ada yang bercuti panjang dan balik ke kampung halaman?

Dibulan puasa ni, memandu dengan perut yang sedang lapar, ditambah dengan cuaca yang agak panas akhir-akhir ni. Aduhai.... mengantuknya mata. Macam batu yang menekan kelopak mata.
Tidur lewat untuk mengemas beg, kemudian bangun seawal 4 pagi untuk persiapan sahur pula. Pastilah mata rasa mengantuk apabila menempuh perjalanan jauh yang ditambah dengan kenderaan bersesak-sesakan dijalanraya.

Sudah tentu sangat berbahaya jika kita memandu kenderaan dalam keadaan mengantuk. Bukan setakat untuk diri sendiri, tetapi juga berbahaya kepada orang dipersekitaran kita.


Jom baca beberapa tips untuk memastikan badan tetap segar semasa memandu:

1. Pastikan tubuh anda dalam keadaan segar sebelum berangkat. 
Lakukan apa yang sepatutnya dilakukan, seperti mandi atau mencuci muka sebelum berangkat. Tapi jika merasa mengantuk di pertengahan perjalanan, cuba berhenti di mana-mana hentian untuk menyegarkan muka dengan air,
Selain itu, anda juga boleh lakukan pemanasan semasa berhenti di hentian rehat. Bukan sahaja dapat menyegarkan badan, tapi juga untuk membantu meningkatkan perjalanan darah otot-otot badan yang sudah tegang dan penat.



2. Isi perut anda! 
Makan dan minumlah secukupnya semasa bersahur untuk mengelakkan kelaparan semasa dalam perjalanan. Tapi janganlah makan secara sorok-sorok didalam kereta di bulan puasa ni ye!!
Jika anda memandu malam, anda boleh sediakan jajan, keropok, kekacang, atau kudapan ringan untuk mengelakkan kelaparan serta membantu mata tetap segar semasa memandu.

3. Jangan biarkan diri mengelamun panjang, 
kerana ia menunjukkan anda sudah hilang fokus. Hilang fokus bahaya untuk perjalanan anda! Kekalkan fokus pada perjalanan, jalan raya, persekitaran, dan segala kenderaan yang sedang di atas jalan bersama anda.

4. Tengok dan rasai tahap aircond yang anda pasang. 
Jangan terlalu kuat atau sejuk sehingga mengganggu pernafasan. Kerana ia juga mungkin mencetuskan rasa mengantuk semasa memandu.


5. Pasang radio dengan volum yang lebih sedikit kuat dari kebiasaannya.
Pasanglah lagu-lagu rancak atau lagu raya yang akan membantu mata anda segar sepanjang jalan. Ataupun pasang sahaja mp3 alunan Al-Quran dan turut sama mengaji dan menghayati bacaan Al-Quran, pasti anda anda maintain segar sepanjang jalan.



6. Kopi.
Jika memandu di waktu malam, anda boleh bekalkan dengan minuman, terutamanya air kopi. Bagi sesetengah orang, kopi sangat membantu dalam mengelakkan rasa mengantuk. Tapi jika bagi yang mengetahui kopi itu  tidak membantu, maka bekalkan lah dengan minuman kegemaran anda yang anda dapat hayati sepanjang perjalanan :)

7. Berhenti di R&R.
 Jika anda langsung tidak dapat menahan rasa mengantuk dengan tip-tip di atas, silalah berhenti di mana-mana hentian rawat dan rehat terdekat, dan tidurlah sekejap sekitar 15 minit. Kemudian, bangun dan cuci muka serta dapatkan segelas minuman.
Sekarang anda boleh menyambung perjalanan anda ")

Semoga perjalanan kita semua selamat, selamat pergi dan selamat kembali!!
Dikuasakan oleh Blogger.