Header Ads

Wanita Ini Memasang Card Reader untuk Memastikan Suaminya Pulang ke Rumah Sebelum 9 Malam


Jika dilihat sekali imbas, gambar ini tidaklah kelihatan menarik, tetapi kisah di sebaliknya sangat menarik. Alat kecil yang berbentuk bulat ini sebenarnya satu pembaca kad yang dipasang oleh seorang isteri di China untuk memastikan suaminya pulang ke rumah tidak lewat daripada jam 9 malam.

Apabila para suami tidak terus pulang ke rumah selepas bekerja, sesetengah wanita mula menghubungi suami mereka setiap 10 minit bertanya di manakah suami mereka, sesetengah isteri pula akan berterusan mesej suami mereka sehinggalah suami mereka pulang, atau mengusik suami mereka dengan gambar makan malam yang menyelerakan.


Tetapi, seorang isteri di China mendapat idea yang berbeza dengan menggunakan satu penyelesaian yang sangat praktikal - memasang pembaca kad di pintu masuk rumah mereka, yang perlu digunakan oleh suaminya setiap kali dia melalui pintu tersebut.

Gambar alat luar biasa ini dimuat naik oleh seorang pengguna media Weibo, Emma Yi yang menulis bahawa dia berasa ingin tahu fungsi alat tersebut ketika menziarahi rakannya di Shanghai. Rakannya menceritakan bahawa suaminya, yang bekerja di sebuah syarikat internet, mula pulang lewat dari kerja kerana perlu bekerja lebih masa tetapi si isteri sudah berasa cukup dengan waktu kerja suaminya yang panjang. Maka, si suami perlu pulang ke rumah pada waktu tertentu atau bakal berdepan dengan akibat.


Sehelai kertas berhampiran dengan pembaca kad tersebut menyatakan peraturan di dalam rumah tersebut. Jika si suami pulang pada jam 9 malam, dia akan diberi ganjaran makan malam ditemani isterinya, tanpa perlu mencuci pinggan mangkuk selepas makan. Tetapi, jika dia pulang dalam masa 30 minit daripada waktu yang ditetapkan, dia akan didenda 100 yuan (RM65). Jika lebih daripada 30 minit tersebut, dia akan didenda menguruskan kerja rumah seharian di hujung minggu.

"Jika mesin punch card boleh menguruskan suami saya untuk waktu bekerja, ianya juga boleh diuruskan dengan baik untuk di luar waktu bekerjanya," kata isteri yang bijak kepada Emma Yi, dan turut menambah bahawa suaminya mula pulang lebih awal sejak pembaca kad tersebut dipasang, yang mana membuatkan hubungan mereka bertambah baik.

Sejak gambar tersebut tersebar dalam kalangan pengguna media sosial di China, ramai yang memberikan pandangan mereka tentang sistem menguruskan suami yang unik.

"Isterinya pasti bekerja di HR," @LiuLInchuan, pengguna Weibo menulis.

Ada pula yang mengatakan bahawa si isteri menghalang kebebasan suaminya. Tidak kurang juga ada yang berminat dengan cara ini untuk diaplikasikan di rumah mereka.

"Nasib baik aku single," seorang lelaki yang berasa lega telah meninggalkan komen.

Ada yang nak cuba cara ni?
Dikuasakan oleh Blogger.