Header Ads

Wanita Berusia 69 Tahun Ini Dibenarkan Bermain Telefon Ketika Menjalani Pembedahan

Gara-gara terlalu takut untuk menjalani pembedahan, seorang pesakit berusia 69 tahun dibenarkan bermain telefon ketika di dalam bilik pembedahan.
Menurut pakar bedah yang bertugas, wanita itu pernah menjalani satu pembedahan yang menakutkan dan pengalaman itu menyebabkan dia trauma untuk menjalani pembedahan lagi.
Disebabkan itu, doktor membuat pengecualian untuk pesakit yang ini.
Sebelum telefon wanita itu dibawa masuk ke bilik pembedahan, ia dilap dengan alkohol bagi membunuh kuman dan bakteria yang ada.
Difahamkan, pembedahan berkenaan berjalan dengan lancar. Wanita itu juga dibenarkan pulang pada hari yang sama.


Dikuasakan oleh Blogger.