Header Ads

Walaupun Tanpa Tangan, Remaja Ini Menjadi Bintang Bola Keranjang


Dilahirkan di Florida, Jamarion Styles mengalami jangkitan bakteria jarang berlaku sehingga memaksa doktor untuk memotong kedua-dua belah tangannya untuk menyelamatkan beliau
semasa kecil.

Membesar dengan tiada kedua belah tangan sememangnya mencabar dan susah tetapi Jamarion tidak sekali putus asa dengan kekurangannya itu walaupun orang lain menyangka dia tidak dapat melakukan apa-apa tugas melibatkan dengan tangan namun beliau memilih untuk melakukan apa saja yang difikirkannya.



Ketika Jamarion berumur 13 tahun, beliau memilih untuk bermain Bola Keranjang dan dia mencuba untuk menyertai kanak-kanak lain bermain bola keranjang di pusat komuniti tetapi seperti apa yang dijangka, tiada siapa pun memilih beliau untuk menyertainya kerana mereka mengandaikan bahawa Jamarion tidak mampu bermain bola keranjang. Namun beliau tidak berputus asa walaupun dipandang rendah oleh orang lain.

Pada hari pertama persekolahannya di Eagles Landing Middle School, Jamarion bertemu dengan jurutlatih bola keranjang Darian Williams dengan menyatakankan hasratnya untuk menyertai pasukan bola keranjang.

Soalan pertama yang ditanya kepada Jamarion ialah " Bagaimana kamu mahu bermain bola keranjang sedang kamu tidak mempunyai senjata untuk bermain?" kata Darian. Jamarion mengaku akan kekurangan beliau yang berkemungkinan tidak dapat bermain dengan baik, namun Jamarion mahu untuk menyertai pasukan tersebut untuk melihat bagaimana cara mereka berlatih dan bermain. Darian mempersetujui dan mengalu-alukan Jamarion untuk menyertai pasukannya itu.



Walaupun dengan kekurangannya itu, Jamarion membuktikan kepada semua orang bahawa tanggapan mereka itu adalah salah dan beliau berlatih dengan rajin berbanding orang lain didalam pasukannya itu. "Jamarion menjadi orang yang pertama datang ke gelanggang bola keranjang dan menjadi orang yang terakhir pulang" kata Darian.

Apabila perlawanan berlansung Jamarion antara salah seorang yang paling bersemangat untuk perlawanan tersebut sehingga akhirnya coach memberi peluang pertama untuk bermain pada perlawanan itu pada 6 minit yang terakhir sewaktu perlawanan itu berlansung. Siapa sangka Jamarion berjaya menjaringkan 3 pointer sebanyak 2 kali pada minit terakhir perlawanan itu!



Pada ketika itu, pasukannya dan penonton lain bersorak dengan sangat kuat dengan menjerit nama Jamarion sehingga satu stadium bergegar akan sorakan tersebut.

Di akhir sesi perlawanan tersebut, rakan pasukannya membuat jenaka tentang kehebatannya bermain walaupun tanpa tangan dan yang menyeronokkan apabila beliau berkata "Aku tidak memerlukannya pun untuk bermain".

Jom tengok video ini untuk lebih jelas


Dikuasakan oleh Blogger.