Header Ads

Walaupun Cuaca Panas Melanda Lantai Masjidilharam Sentiasa Sejuk, Kenapa?


Bagi mereka yang pernah menunaikan umrah atau haji sudah pasti akan menyedari mengenai kesejukan pada lantai marmar di Masjidilharam dan sekitar Kaabah di Makkah.

Ramai yang menyuarakan pendapat masing-masing di sebalik kesejukan lantai berkenaan, walaupun ketika cuaca panas melanda bandar suci itu.

Majlis Hal Ehwal Dua Masjid Suci yang tertarik dengan perdebatan mengenainya, baru-baru ini mendedahkan punca sebenar lantai di masjid berkenaan.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, majlis berkenaan berkata,

“Alasan sebenar ialah marmar yang kami gunakan. Kami mengimport marmar Thassos dari Greece yang mampu melantunkan sinar matahari dan mengurangkan haba panas.”

Ia juga menyangkal dakwaan kononnya lantai di Masjidilharam sejuk kerana terdapat paip air sejuk dipasang di bawah lantai marmar.
Dikuasakan oleh Blogger.