Header Ads

Wahai Wanita, Jangan Abaikan 5 Tanggungjawab Anda Terhadap Ibu Bapa Setelah Berkahwin

Sumber: ikahwin
Seorang anak perempuan perlu mentaati ibu bapa dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak walaupun dia telah berkahwin.

Berikut adalah lima tanggungjawab anak perempuan yang harus dilakukan terhadap ibu bapanya selepas berkahwin.

#1 Tetap berbakti kepada ibu bapa

Walaupun sudah berkahwin, seorang wanita muslimah hendaklah sentiasa mentaati dan berbakti kepada ibu bapanya. Ramai yang telah melupakan ibu bapanya selepas berkahwin kerana menyangkakan tanggungjawabnya hanya untuk suami, sedangkan ibu bapa tetap perlu dihormati dan disayangi sebagaimana pengorbanan mereka dalam mendidik kita.

#2 Membantu kehidupan ibu bapa

Orang tua lebih mudah jatuh sakit dan ketika inilah, mereka lebih memerlukan kita sebagai anak untuk membantu mereka. Mereka juga tidak berdaya lagi untuk bekerja. Salah satu cara yang dapat kita lakukan adalah dengan memberikan wang.

#3 Mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa

Walaupun sudah berkahwin, anak-anak perlu mengekalkan hubungan yang baik dengan ibu bapa sekalipun sibuk menguruskan keluarganya. Sentiasalah menziarahi mereka didik anak-anak kita untuk menyayangi mereka.

#4 Tidak bergantung kepada ibu bapa dan menyusahkan mereka

Seorang anak perempuan yang belum berkahwin atau bekerja, masih berada di bawah tanggungan bapanya. Oleh itu, setelah berkahwin, kita harus membantu meringankan beban mereka di hari tua.

#5 Melayani mereka di usia tua

Jangan abaikan tanggungjawab ini terutama selepas berkahwin. Walaupun tidak dapat meluangkan masa setiap hari, sekurang-kurangnya hubungi mereka untuk bertanya khabar dan yang penting, sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

Sebagai seorang anak, kita bukan sahaja mendapat pahala kerana berbakti kepada ibu bapa, tetapi kita juga dapat membahagiakan mereka. Terima kasih ibu ayah!
Dikuasakan oleh Blogger.